Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kapal guna identiti digital seperti Singpass untuk pelepasan pelabuhan

Apr 17, 2024 | 05:43 PM



Kapal di perairan Singapura akan merintis penggunaan identiti kapal digital, yang sama seperti kelayakan Singpass, untuk membantu pelepasan pemeriksaan pelabuhan dan operasi bunkering atau mengisi minyak kapal yang lancar.


Percubaan Pas Kapal Marin (MVP) di pelabuhan Singapura itu merupakan satu perjanjian yang ditandatangani antara Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA), S&P Global Market Intelligence dan Bunkerchain pada 16 April, lapor The Straits Times (ST)


Khidmat MVP itu, yang pertama seumpamanya, akan membolehkan pertukaran maklumat secara automatik dan digital, dan mengatasi keperluan pengendali kapal dan kakitangan kawal selia untuk sahkan dokumen kertas yang mempunyai cap kapal berdakwat basah dan tandatangan fizikal, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bunkerchain, Encik Leon Ling.

Firma teknologi yang berpangkalan di Singapura itu membangunkan MVP dengan kerjasama firma maklumat dan analitik S&P Global Market Intelligence, yang mengurus pangkalan data Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).

Pangkalan data itu mempunyai nombor pengenalan unik yang diberikan kepada semua kapal.

MVP akan berfungsi sebagai bukti kelayakan sah dan selamat untuk kapal di seluruh dunia kerana pangkalan data IMO diiktiraf di seluruh dunia.

Percubaan itu akan melibatkan kapal yang belayar antara Pelabuhan Rotterdam dengan pelabuhan Singapura dan akan dilaksana mulai suku ketiga 2024 selama enam hingga sembilan bulan.

Kapal yang bakal mengambil bahagian dalam percubaan itu masih dikenal pasti.

Pada masa ini, kapal yang belayar di perairan Singapura tidak menghubungi pelabuhan atau penyedia khidmat seperti PSA Corporation secara langsung, apabila ia tiba di pelabuhan Singapura.

Sebaliknya, ejen atau rakan usaha sama pihak ketiga yang dilantik syarikat perkapalan akan menyerahkan dokumen pengenalan kapal bagi pihaknya.

Pada masa ini, proses pengenalan di kebanyakan pelabuhan luar negara merangkumi kerja menyerahkan dokumen kertas kepada kakitangan kawal selia untuk pengesahan, yang boleh menyebabkan kesilapan manusia dan operasi kurang cekap.

Kekurangan akses kepada maklumat langsung dan masa nyata mengenai kapal pada masa ini, contohnya, maklumat hubungan, pertukaran bendera, nama kapal atau pemilik kapal, juga boleh mewujudkan masalah operasi dan dokumentasi.

MVP mengandungi maklumat sah dan dikemas kini mengenai kapal, termasuk nombor IMO, butiran pendaftaran dan data operasinya, contohnya, maklumat hubungan bagi kakitangan yang bertanggungjawab.

Pengendali kapal log masuk ke aplikasi telefon bimbit atau laman web MVP untuk memberi identiti digital mereka yang sah untuk pelepasan pelabuhan dan operasi mengisi minyak kapal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >