Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kos pinjaman mungkin lebih rendah di S’pura pada 2024

Jan 02, 2024 | 04:03 PM



Lembaga Simpanan Federal Amerika Syarikat atau (the Fed) dijangka mengurangkan kadar faedah pada 2024, satu langkah yang bakal meringankan beban rakyat Singapura, dari segi bayaran kadar faedah pinjaman rumah yang berkurangan.

Bagaimanapun, pemotongan kadar faedah itu juga bermakna pulangan lebih rendah bagi simpanan tetap dan bon pemerintah Singapura mereka, menurut The Straits Times (ST).

Kadar faedah di sini sebahagian besarnya didorong oleh pergerakan pasaran sedunia, terutama di Amerika, di mana kadar faedah kini mencecah paras tertinggi sepanjang 22 tahun lalu, iaitu, antara 5.25 dengan 5.5 peratus pada 2023.

Pada 13 Disember, the Fed memberi isyarat ia mungkin mengurangkan kadar faedahnya sebanyak tiga kali pada 2024 dan menurunkan kadar faedah pinjaman utamanya kepada antara 4.5 dengan 4.75 peratus.

Bagaimanapun, pemerhati pasaran di Singapura mempunyai jangkaan berbeza mengenai tindakan yang bakal diambil oleh the Fed, dan kesannya terhadap kadar faedah di sini.

Pengarah bagi Ekonomi & Strategi Pasaran di firma penasihat kewangan bebas, Financial Alliance, Encik Sani Hamid, berkata walaupun kadar faedah pinjaman rumah di sini akan turun apabila kadar faedah Amerika merosot, kadar faedah yang diraih bagi deposit tetap dan simpanan akan turun terlebih dahulu.

Penganalisis lain pula menjangka pemotongan kadar faedah kurang daripada tiga kali oleh the Fed, atau kadar faedah di Amerika akan kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih lama disebabkan tekanan inflasi yang berterusan di negara itu.

“Sekiranya inflasi kekal tinggi, besar kemungkinan penggubal dasar akan menolak langkah mengurangkan kadar faedah,” kata penganalisis penyelidikan di wadah maklumat bon sedunia Bondsupermart, Encik Wong Di Ming.

Encik Wong, yang menjangka kadar faedah di Amerika akan kekal lebih tinggi untuk tempoh lebih lama, berkata besar kemungkinan kadar faedah pinjaman rumah tidak akan turun sehingga the Fed mengesahkan langkah mengurangkan kadar faedah.

Pada masa ini, kadar faedah tetap bagi pakej pinjaman rumah adalah sekitar 3 hingga 3.2 peratus – lebih rendah daripada 4 hingga 4.5 peratus pada 2022, menurut beberapa broker gadai janji.

Encik Wong menjangka kadar faedah bagi deposit tetap dan simpanan tidak akan terus meningkat dengan banyak berbanding sekarang.

Ini kerana institusi kewangan di sini tidak menghadapi masalah kekurangan dana, menyusuli aliran masuk wang deposit yang besar sejak 2022.

Justeru, ia tidak terdorong menarik lebih banyak deposit dengan menawarkan kadar faedah lebih tinggi.

Kadar faedah bagi deposit tetap kini sekitar 3.1 hingga 3.2 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >