Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Majikan harus naikkan gaji pekerja secara adil, mampan: NWC

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



MAJLIS Gaji Kebangsaan (NWC) menggesa majikan menaikkan gaji pekerja dalam garis panduan yang dikeluarkan semalam, mengambil kira situasi di mana inflasi terus 'memakan' banyak setiap dolar dan meningkatkan kos sara hidup.



Pada masa yang sama, NWC yang merupakan badan tiga pihak yang terdiri daripada perwakilan majikan, kesatuan sekerja dan pemerintah menyedari bahawa perniagaan menghadapi peningkatan kos dan ketidaktentuan prospek perniagaan, lantas sebarang tambahan pendapatan mestilah bersifat "adil dan mampan".



NWC juga menetapkan garis panduan gaji bagi pekerja berpendapatan rendah dalam usaha merapatkan jurang pendapatan.



Secara umum, majikan yang telah menampakkan kemajuan dan mempunyai prospek perniagaan yang baik harus memberi ganjaran buat kakitangan mereka dengan peningkatan gaji yang disisipkan sekali di samping bayaran pendapatan yang berubah-ubah sejajar dengan sumbangan pekerja.



Jika syarikat itu menggajikan pekerja berpendapatan lebih rendah, mereka harus menerima peningkatan gaji pada band atasan 5.5 hingga 7.5 peratus daripada gaji bulanan kasar atau sekurang-kurangnya $80 hingga $100, bergantung pada mana-mana yang lebih tinggi.



Majikan yang menampakkan prestasi baik tetapi berdepan dengan prospek niaga tidak menentu boleh menyederhanakan tambahan pendapatan yang disertakan sekali tetapi NWC berkata mereka harus terus memberi ganjaran kepada pekerja dengan bayaran gaji yang berubah.



Sementara itu, pekerja berpendapatan rendah harus menerima tambahan gaji yang disertakan sekali pada band lebih rendah hingga pertengahan sekitar 5.5 hingga 7.5 peratus.



Akhir sekali, majikan yang tidak menampakkan prestasi yang baik boleh melaksanakan kekangan gaji, bermula dengan pihak pengurusan.



Mereka yang menggajikan pekerja dengan pendapatan lebih rendah harus menerima tambahan gaji dalam band lebih rendah sekitar 5.5 hingga 7.5 peratus daripada gaji bulanan kasar.



NWC juga mendapati sesetengah pekerja telah mengambil potongan pendapatan atau pembekuan gaji di samping menyokong langkah pemotongan kos lain.



Justeru, adil untuk pekerja menerima pampasan sewajarnya apabila ekonomi kembali pulih, jelas NWC.



Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Desmond Tan, menggesa majikan untuk mengambil kira kadar inflasi masa kini apabila mereka mengambil keputusan menambah pendapatan untuk membolehkan pertumbuhan pendapatan sebenar bagi pekerja.



Inflasi di Singapura berada pada tahap paling tinggi dalam tempoh sedekad dengan ukuran inflasi keseluruhan dalam ekonomi dijangka capai kadar 6 peratus bagi tahun ini, lebih tinggi daripada kadar 2.3 peratus yang dilaporkan pada tahun lalu.



Inflasi utama yang mengecualikan kos kediaman dan pengangkutan privet pula dijangka pada purata sekitar 4 peratus, lebih tinggi daripada 0.9 peratus pada tahun lalu.



Garis panduan yang meliputi tempoh dari 1 Disember hingga 30 November tahun depan juga menggesa majikan agar melaksanakan sistem pendapatan fleksibel jika mereka belum melakukan demikian.



Ini adalah kerana ketidaktentuan ekonomi akan datang menggariskan keperluan daya bingkas dan fleksibiliti pada struktur gaji, tambah NWC.




“Pemerintah menerima Garis Panduan Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) untuk 2022/2023. Tumpuan tahun lalu adalah untuk menggalak majikan untuk memulihkan gaji, menarik balik langkah-langkah penjimatan kos dan melaksanakan Sistem Gaji Fleksibel. Dengan pemulihan ekonomi dan pasaran buruh sepanjang tahun lalu, memang tepat masanya untuk majikan memberi ganjaran kepada pekerja dengan kenaikan gaji atau bayaran berubah-ubah yang mampan. Pada masa yang sama, anda semua tahu terdapat ketidaktentuan ekonomi yang ketara di hadapan, yang memerlukan sistem gaji yang fleksibel dan responsif. Pemerintah amat mengalakkan majikan yang belum berbuat demikian untuk melaksanakan Sistem Gaji Fleksibel. Ini akan meletakkan majikan dalam kedudukan baik bagi menangani ketidaktentuan ekonomi di masa depan.”
– Encik Ng Chee Khern, Setiausaha Tetap (Kementerian Tenaga Manusia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >