Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Maut di tempat kerja capai kadar rekod terendah

Jan 31, 2024 | 06:38 PM



Jumlah kematian di tempat kerja di Singapura berkurangan ke rekod terendah kurang 1.0 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2023 – kira-kira lima tahun sebelum tarikh sasarannya, iaitu pada 2028.

Ini diumum oleh Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed, dalam ucap tamanya di Forum dan Anugerah NTUC U Safe di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja Devan Nair pada 31 Januari.

Kadar kematian di tempat kerja turun daripada 1.3 setiap 100,000 pekerja pada 2022 kepada 0.99 pada 2023, yang bermakna kurang satu pekerja bagi setiap 100,000 pekerja meninggal dunia di tempat kerja tahun itu.

“Ini kali pertama, selain pada 2020 apabila pekerjaan terganggu disebabkan Covid-19, kadar kematian kita jatuh di bawah 1.0 setiap 100,000,” kata Encik Zaqy.

Pengumuman itu dibuat sebelum Laporan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja (WSH) untuk 2023 dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada April 2024.


Encik Zaqy menambah bahawa ia adalah pencapaian penting bagi Singapura, kerana hanya empat negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) – Belanda, United Kingdom, Jerman dan Sweden – berjaya mencapai kadar sedemikian secara konsisten.

Pada 2017, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menetapkan sasaran mencapai dan mengekalkan kadar kecederaan maut di tempat kerja kurang 1.0 setiap 100,000 pekerja dalam 10 tahun, iaitu sebelum 2028.

“Kita telah mencapai kejayaan ini buat kali pertama kerana usaha kolektif kita, termasuk semua pemenang pada hari ini,” ujar Encik Zaqy.

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyampaikan Anugerah U Safe kepada 21 kesatuan sekerja syarikat dan syarikat kecil dan sederhana (SME) semasa Forum dan Anugerah NTUC U Safe pada 31 Januari.

Anugerah NTUC U Safe mengiktiraf pemenang yang menunjukkan usaha teladan dalam menegakkan piawaian kesihatan dan keselamatan tinggi di tempat kerja.

Usaha itu terdiri daripada penggunaan teknologi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH), kepada memantau keselamatan tempat kerja, dan menjaga kesihatan dan kesejahteraan mental pekerja.

Dalam ucapan pembukaannya, Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Melvin Yong, berkata: “Keselamatan di tempat kerja bukan sekadar peraturan, ia adalah budaya yang mesti diamalkan oleh semua, terutamanya melalui hubungan telus dan kerjasama antara pengurusan syarikat dan kesatuan pekerja.”

Antara kesatuan yang menerima anugerah NTUC U Safe ialah Kesatuan Sekerja bagi Industri Pembinaan Bangunan dan Kayu (Batu), yang mewakili pekerja dalam industri bangunan, pengurusan hartanah, pembinaan, pembersihan dan perkayuan.

Ia memastikan WSH diamalkan dalam kalangan pegawai cawangan dan rakan kongsi pengurusan melalui daya usaha seperti bengkel kesihatan mental dan sesi perkongsian.

Ia juga menggalak syarikat melaksana tempoh tenang keselamatan, atau safety time-out (STO), untuk menyemak aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah tanggungjawab semua dan kami juga ingin meningkatkan kesedaran tentang keselamatan untuk semua pekerja kami,” kata Cik Juraimah Jumadi, 46 tahun, anggota jawatankuasa eksekutif Batu, yang menerima anugerah tersebut bagi pihak kesatuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >