Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Netflix henti khidmat 300 pekerja

Jun 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Netflix memberhentikan seramai 300 pekerja atau 4 peratus pekerjanya dalam satu langkah untuk mengurangkan kos, selepas pertumbuhan dalam perkhidmatan penstriman televisyen yang pada satu ketika berkembang kukuh menjadi perlahan.



Langkah itu kebanyakannya menjejas tenaga kerja di Amerika Syarikat dan dibuat selepas syarikat itu menamatkan khidmat 150 pekerja bulan lepas.



"Walaupun kami terus melabur dengan ketara dalam perniagaan, kami membuat pelarasan ini supaya kos kami berkembang sejajar dengan pertumbuhan hasil kami yang lebih perlahan," kata Netflix dalam satu kenyataan kelmarin.



Keputusan itu dibuat selepas Netflix mendedahkan syarikatnya dijangka kehilangan jutaan pelanggan pada separuh pertama tahun ini.



Pemberhentian itu sebahagian besar membabitkan operasi di Amerika sekali gus menjejas pekerja di jabatan filem dan televisyen.



Syarikat itu melaporkan kehilangan pelanggan buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun.



Setakat Disember lalu, Netflix mempunyai kira-kira 11,300 pekerja sepenuh masa.



Sebelum ini, syarikat itu memberhentikan pekerja dalam bidang pemasaran termasuk kontraktor yang berkhidmat kurang daripada setahun.



Netflix menyalahkan pertumbuhan pendapatan perlahan atas beberapa faktor termasuk penggantungan perkhidmatan di Russia susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >