Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pejabat perwakilan antarabangsa dibuka, galak peniaga teroka peluang di Dubai

Jun 08, 2023 | 07:30 PM



Usahawan dan syarikat Singapura yang ingin berkembang dan meneroka peluang di Dubai dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) kini boleh mendapat lebih banyak sokongan dengan pembukaan sebuah pejabat perwakilan antarabangsa baru yang dikelola oleh Dewan Antarabangsa Dubai (DIC).

Dilancarkan pada Khamis di Fullerton Hotel, pejabat tersebut diharapkan akan memudahkan dan menggalakkan hubungan perniagaan antara syarikat Emirati dan Singapura, lantas mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara Dubai dengan Singapura.

“Kami ingin membantu syarikat Singapura dan syarikat berbilang negara untuk mendapat manfaat daripada apa yang sedang berlaku di rantau UAE, menerusi Dubai.

“Selain itu, kami juga ingin menggalakkan perniagaan Dubai untuk teroka peluang global, dan Singapura ialah contoh yang sangat baik bagi usaha modal teroka merentasi sektor-sektor yang kami kongsi,” kata naib presiden hubungan antarabangsa DIC, Encik Hassan Al Hashemi.

Menurut data dari Jabatan Kastam Dubai, berdasarkan perdagangan bukan minyak antara Dubai dengan Singapura, jumlah eksport ke Singapura mencecah AS$2.8 bilion ($3.77 bilion) pada 2022, manakala jumlah import dari Singapura ke Dubai menyaksikan kenaikan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 5 peratus antara 2017 dan 2022.

“Kami akan menganjurkan misi perdagangan ke Dubai supaya perniagaan Singapura yang belum berpeluang untuk meneroka potensi pertumbuhan mereka dapat merealisasikannya.

“Selain itu, kami juga merancang untuk membawa perniagaan dari Dubai ke Singapura untuk melihat potensi yang ada di sini,” tambah Encik Hassan.

Pengerusi Leacov Singapore Pte Ltd, Encik Zack Zainal, amat mengalu-alukan peluang tersebut. Beliau berkata:

“Dubai ialah pintu masuk ke UAE dan juga ke Timur Tengah, dan ia merupakan wilayah yang sedang berkembang pesat pasca-Covid-19.

“Terdapat banyak peluang dan potensi di sana bagi syarikat saya untuk berkembang dan membawa produk saya ke sana, selain di Asia Tenggara.”

Turut hadir untuk merasmikan pembukaan pejabat itu ialah Menteri Negara UAE, Encik Ahmed Ali Al Sayegh.

Dalam rangka lawatannya, Encik Ahmed Ali telah bertemu Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, bagi mempengerusikan bersama Jawatankuasa Bersama Singapura–UAE yang ketiga.

Dalam pertemuan itu, Dr Maliki dan Encik Ahmed Ali mengesahkan hubungan dua hala yang sangat baik di antara kedua-dua negara, dan mengadakan perbincangan yang produktif untuk mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perdagangan dan pelaburan, tenaga, dan perubahan iklim.

Singapura menyumbang sebanyak 3.3 peratus daripada pelaburan langsung asing (FDI) di Dubai pada 2022, menurut laporan pasaran FDI daripada Financial Times. Data juga menunjukkan Dubai disenaraikan sebagai bandar destinasi nombor satu untuk FDI dari Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >