Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelan tindakan digital baru pacu sektor maklumat, komunikasi

Sektor infokom kembang 8.6% pada 2022, pelan tindakan baru sokong pertumbuhan lanjut
Jun 05, 2023 | 06:34 PM



SEBUAH pelan tindakan ketersambungan digital baru telah dilancarkan pada Isnin untuk menyokong pertumbuhan sektor maklumat dan komunikasi.

Menurut pelan tindakan itu, sektor maklumat dan komunikasi Singapura mencapai peningkatan 8.6 peratus pada 2022, mengatasi pertumbuhan 3.6 peratus yang dicatatkan oleh ekonomi keseluruhan.

Pelan tindakan ini telah digubal oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).

Ia diumumkan oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, menjelang sidang puncak tahunan Asia Tech x Singapore, yang bermula pada Selasa.

Sempena sidang puncak itu, IMDA dan Amazon Web Services (AWS) telah melancarkan Pusat Inovasi Bersama (JIC) untuk memadankan perusahaan dengan syarikat pemula untuk memacu inovasi.

Terletak di bangunan PIXEL IMDA, pusat itu akan menggunakan Wadah Inovasi Terbuka (OIP) - di mana IMDA merapatkan perusahaan dengan penyelesaian teknologi - untuk memadankan isu dengan kemahiran penyelesaian masalah daripada syarikat pemula.

Mengulas tentang pelan tindakan baru itu, Cik Teo menyatakan bahawa prasarana ketersambungan digital mungkin memerlukan masa pendahuluan yang panjang untuk membina keupayaan, manakala permintaan biasanya meningkat secara mendadak.

“Sekiranya kami bertegas bahawa semua pelaburan infrastruktur digital dibuat tepat pada masanya, akan ada terlalu banyak peluang yang terlepas,” katanya.

Beliau menambah bahawa rancangan pelan tindakan itu akan meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih baik untuk merebut peluang daripada trend teknologi baru muncul dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI) generatif dan sistem autonomi.

Sebagai sebahagian daripada pelan tindakan, pemerintah akan membangunkan tiga aspek prasarana digital - infrastruktur keras, infrastruktur fizikal-digital dan infrastruktur lembut.

Untuk infrastruktur keras, pemerintah berharap meningkatkan ketersambungan tradisional. Ini termasuk rangkaian kapal selam, satelit, jalur lebar, mudah alih dan Wi-Fi.

Pelan tindakan itu komited untuk menyediakan kapasiti untuk menggandakan bilangan kabel pendaratan kabel kapal selam dalam tempoh 10 tahun akan datang. Data telegeografi menunjukkan bahawa Singapura pada masa ini mempunyai 26 kabel.

Bagi infrastruktur fizikal-digital, pemerintah berharap membolehkan interaksi yang lebih besar antara komponen infrastruktur digital yang berbeza dan komponen infrastruktur fizikal.

Contoh-contoh inisiatif tersebut ialah Wadah Digital Terbuka (OIP) di Daerah Digital Punggol. Platform ini akan menghubungkan sistem daerah yang berbeza dan membenarkan perkongsian data dan fungsi kawalan melalui lapisan kebolehoperasian.

Menurut pelan tindakan ketersambungan digital baru itu, OIP juga menggunakan AI dan pembelajaran mesin untuk mengoptimumkan sumber utiliti dan tenaga manusia untuk mencapai sasaran kemampanan dan menyokong operasi perniagaan pintar seperti robotik.

Bagi infrastruktur lembut, pemerintah akan berusaha untuk meningkatkan Stack Utiliti Digital Singapura (DU) bagi untuk meluaskan faedah transaksi digital yang lancar.

Ini termasuk pengesahan identiti digital, e-pembayaran dan e-invois, pengesahan dokumen dan pertukaran data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >