Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengurangan cukai ABSD bantu pemaju hartanah kurangkan risiko

Feb 19, 2024 | 07:15 PM



Langkah pemerintah untuk mengurangkan Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) amat dialu-alukan pemaju hartanah.

Menurut agensi hartanah swasta, Huttons Asia, ABSD membebankan syarikat pemaju kerana ia dikenakan penalti jika gagal menjual semua unit sesebuah projek perumahan dalam masa yang ditetapkan, iaitu lima tahun.

Oleh itu, langkah pemerintah untuk mengurangkan ABSD dapat membantu pemaju hartanah mengurangkan risiko perniagaan.

Ini sangat berbeza daripada skim Sijil Kelayakan (QC), dengan pemaju hanya membayar 8 peratus daripada harga tanah untuk melanjutkan tempoh masa penjualan selama setahun.

Demikian menurut Pengarah Kanan analisis data di Huttons Asia, Encik Lee Sze Teck, dalam kenyataannya, sebagai mengulas Belanjawan 2024 Singapura yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, beberapa hari lalu.  

“Langkah (mengurangkan ABSD) ini akan mengurangkan risiko perniagaan yang dihadapi pemaju. Ia mungkin mendorong pasaran lebih stabil kerana pemaju tidak perlu mengubah suai harga hartanah secara agresif untuk menjual semua unit dalam sesebuah projek,” jelas Encik Lee.

Dalam langkah terbaru itu, pemerintah akan mengurangkan ABSD yang perlu dibayar oleh pemaju jika ia berjaya menjual sekurang-kurangnya 90 peratus unit bagi sesebuah projek dalam tempoh lima tahun selepas pengambilan tanah.

Perubahan tersebut tidak dijangka menyebabkan pemaju membuat bidaan lebih tinggi bagi tapak tanah, tambah Encik Lee.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik Mogul SG, Encik Nicholas Mak, berkata pengurangan ABSD itu tidak dijangka menjejas harga atau permintaan hartanah.

Beliau mencadangkan agar pemerintah melanjutkan tempoh masa untuk menjual kesemua unit bagi projek perumahan lebih besar, daripada tempoh lima tahun sekarang.

Menurut beliau, ini kerana projek sedemikian memerlukan lebih banyak masa untuk dijual sepenuhnya, selepas 90 peratus unit berjaya dijual.

“Namun, pengubahsuaian yang dibuat sekarang masih dapat membantu pemaju,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >