Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Penjual di bazar Deepavali alami sewa lebih tinggi, kurang pengunjung

Oct 31, 2023 | 02:28 PM



Penjual minuman dan makanan ringan, Cik G. Shanti, menjangkakan jualan pesat di gerai bazarnya di Little India pada 2023 tetapi beliau terpaksa mengurangkan harga barangannya sehingga 40 peratus dengan harapan dapat menarik pelanggan.

Bercakap kepada akhbar The Straits Times pada 26 Oktober, beliau berkata walaupun perniagaan meningkat antara Jumaat dan Ahad, beliau menurunkan harga bagi makanan ringan yang lebih popular untuk menarik pelanggan.

Cik Shanti, yang enggan memberi usia atau nama penuhnya, kini menjual sebotol suji pada harga $20 atau sebotol biskut semolina pada $15. Sebotol muruku tradisional yang sebelumnya berharga $14 kini dijual pada $10.

“Biasanya, orang ramai tidak membeli makanan ringan. Mereka berasa lapar semasa berjalan-jalan, mengambil sampel percuma kami dan beredar tanpa membelinya,” katanya.

Beberapa vendor di bazar berkata bahawa pada hari biasa, mereka mendapat secara purata hanya 10 pelanggan sehari. Bazar tahunan itu adalah acara kemuncak dalam minggu-minggu menjelang Deepavali pada 12 November 2023.

Bazar di Birch Road itu berlangsung daripada 14 Oktober hingga 11 November, dan dianjurkan oleh Bazar Malam Singapura (SNB).

Artis inai, Cik Shamini, berkata beliau menjangka jualan meningkat apabila Festival Cahaya itu semakin hampir, tetapi sementara itu beliau menjual pakaian kanak-kanak untuk menambah pendapatannya.

Katanya: “Inai pudar selepas satu dua minggu. Orang ramai yang mahu tangan mereka dilukis dengan inai biasanya mendapatkan khidmat itu sekitar seminggu sebelum Deepavali supaya bertahan sepanjang tempoh perayaan.”

Beliau berharap dapat meraih cukup pendapatan untuk membayar sewa gerai $5,000, tidak termasuk $500 untuk bil elektrik dan $250 lagi untuk barangan seperti pemasangan logam gerai sekitar seluas 3 meter.

Seorang lagi penjual yang optimistik ialah Cik Kalai yang menjual hiasan Deepavali. “Saya fikir perniagaan akan meningkat dalam dua minggu akan datang menjelang Deepavali,” katanya.

Sewa telah meningkat sekurang-kurangnya $500 sejak tahun lalu tetapi gerainya pada tahun ini lebih luas, yang bermakna orang ramai boleh melihat barangannya dengan lebih baik dan ini bermakna peluang untuk menghasilkan jualan lebih tinggi.

Semasa menjawab pertanyaan, SNB berkata ia mengenakan sewa antara $4,000 dan $6,000 bagi setiap unit. Kadar sewa itu lebih rendah berbanding kadar di Bazar Raya Geylang Serai yang mencecah setinggi $19,000 bagi sebuah gerai pada 2023.

SNB menambah bahawa melebihi 90 peratus daripada 200 gerai telah disewa, tetapi apabila ST mengunjungi bazar itu pada Sabtu, kurang daripada 170 gerai dibuka untuk perniagaan. Banyak gerai masih kosong termasuk gerai yang mempunyai mesin permainan cakar.

Terdapat satu lagi bazar Deepavali dipanggil Zak Salaam India, di Ekspo Singapura dan berlangsung dari 26-29 Oktober.

Lembaga Endowmen Hindu (HEB), yang menganjurkan bazar bersama Moulmein-Cairnhill CC dan Persatuan Bahasa dan Budaya Tamil, berkata pengendali bazar Deepavali itu dipilih melalui proses penilaian. SNB telah dianugerahkan kontrak untuk menguruskan bazar tersebut kerana pengalaman dan rekodnya yang bersih.

Antara keluhan pengunjung ialah kurangnya kepelbagaian yang ditawarkan di bazar berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >