Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pihak berkuasa siasat iklan flat HDB $2j mengelirukan

May 09, 2024 | 07:16 PM



Pihak berkuasa menarik perhatian terhadap iklan menjual dua flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada harga $2 juta setiap satu.

Satu iklan adalah bagi dua flat lima bilik yang terletak bersebelahan di Sengkang yang dipasarkan sebagai “flat jumbo”, manakala satu lagi ialah flat lima bilik di Toa Payoh dengan “harga permintaan tidak realistik”.

Dalam satu kenyataan bersama pada 8 Mei, Kementerian Pembangunan Negara (MND), HDB dan Majlis Agensi Hartanah (CEA) berkata CEA sedia maklum mengenai iklan yang disiarkan oleh dua ejen hartanah dan sedang menyiasat perkara tersebut, lapor The Straits Times (ST).


Iklan di wadah PropertyGuru bagi “flat jumbo” seluas 2,400 kaki persegi di Blok 314C Anchorvale Link yang mempunyai enam bilik tidur dan empat bilik mandi “mengelirukan” kerana tiada flat sedemikian di blok tersebut, menurut pihak berkuasa.

Ia bukanlah sebuah “flat jumbo”, tetapi sebenarnya dua flat lima bilik yang terletak bersebelahan dan ia tidak boleh ditukar menjadi satu unit atau dijual sebagai satu unit, katanya.

Pihak berkuasa menyatakan iklan berkenaan telah diturunkan selepas CEA memaklumkan iklan mengelirukan itu kepada agensi hartanah ejen berkenaan.

“CEA sedang menyiasat perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas jika berlaku sebarang pelanggaran,” menurut pihak berkuasa.

Sepanjang enam bulan lalu, sebilangan flat lima bilik di kawasan tersebut dijual beli pada harga sekitar $580,000.

Harga permintaan $2 juta itu ialah sekitar $800,000 melebihi nilai gabungan dua flat lima bilik tersebut.

Ejen hartanah ERA Realty Network, Encik Andrew Nair, yang mengiklan “flat jumbo” tersebut, memaklumkan bahawa pemilik kededua flat itu yang bersaudara, telah mendapat kelulusan HDB untuk memecah dinding ruang tamu dan menggabung kededua unit tersebut, apabila mereka membelinya sekitar enam tahun lalu.

“Pemiliknya ingin menjualnya flat tersebut bersama-sama, tetapi keperluannya ialah perlu ada dua pembeli,” katanya.

Encik Nair menambah bahawa beliau telah menurunkan iklan itu selepas pasukan perundangan dan pematuhan ERA menasihatkan beliau agar memasarkan flat tersebut sebagai dua unit berasingan.

Dalam satu lagi kes, pihak berkuasa berkata bahawa flat lima bilik Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) di The Peak@Toa Payoh, yang turut diiklan pada harga $2 juta, tidak mempunyai Hasrat Untuk Menjual didaftarkan dengan HDB.

Ini bermakna bakal penjual flat tersebut tidak dapat menawarkan Opsyen Untuk Membeli (OTP) pada peringkat ini.

Penjual flat HDB perlu mendaftar Hasrat Untuk Menjual sebelum memasarkan flat mereka.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa harga $2 juta itu hampir setengah juta dolar lebih tinggi daripada harga transaksi tertinggi flat HDB di kawasan tersebut.

Ia turut memaklumkan bahawa ramai pakar hartanah menganggapnya sebagai “harga permintaan tidak realistik”.

Pihak berkuasa juga mengingatkan agensi dan ejen hartanah supaya menegakkan integriti dan tahap profesionalisme dalam industri hartanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >