Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Program bantu syarikat kecil urus masalah wang dilanjut dua tahun

Jan 22, 2024 | 06:23 PM



Syarikat mikro dan kecil yang menghadapi masalah kewangan kini mempunyai lebih banyak masa untuk menyusun semula hutang syarikat, atau menutup perniagaan pada kos lebih rendah.

Ini setelah tempoh permohonan bagi Program Insolvensi Dipermudah (SIP) dilanjutkan selama 24 bulan sehingga akhir Januari 2026.

Program yang diperkenalkan pada Oktober 2020 itu bertujuan membantu syarikat mikro dan kecil berkelayakan yang menghadapi masalah kewangan, terutamanya semasa pandemik Covid-19, untuk menyusun semula hutang syarikat atau menutup perniagaan melalui “proses insolvensi lebih mudah dan cepat pada kos lebih rendah”, lapor The Business Times.


Ia diperkenal sebagai respons kepada kebimbangan bahawa perniagaan kecil terjejas paling teruk oleh pandemik itu.

Langkah melanjutkan tempoh permohonan SIP menyusuli dua pelanjutan sebelum ini, pada 2021 dan 2022, menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada 22 Januari.

Tarikh tutup permohonan sekarang dilanjutkan sehingga 28 Januari 2026 daripada 29 Januari 2024.

SIP ditadbir oleh penerima rasmi, atau pembubar. Ia terdiri daripada dua proses berasingan, iaitu membantu pemilik syarikat kecil yang berpotensi berjaya menyusun semula hutang dengan pemiutang, dan membantu syarikat yang sukar berjaya untuk menutup perniagaan.

Sehingga 31 Oktober 2023, sebanyak 44 daripada 57 perniagaan telah ditutup oleh penerima rasmi, kata Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, semasa menyampaikan ucap tama pada Persidangan Insolvensi Singapura bagi 2024.

Encik Tong berkata proses pembubaran syarikat biasanya mengambil masa tiga hingga empat tahun.

Namun, proses di bawah SIP ia boleh diselesaikan dalam masa sekitar sembilan bulan. Ini menjimatkan masa dan kos, ujar beliau, yang juga Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Bagi tujuan SIP, syarikat mikro dan kecil ditakrifkan sebagai syarikat mikro dan kecil yang mempunyai perolehan jualan tahunan masing-masing tidak melebihi $1 juta dan $10 juta.

Syarikat mikro dan kecil yang ingin memohon SIP boleh mengunjungi laman www.go.gov.sg/sip.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >