Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Prospek ekonomi Asean+3 diramal lebih cerah

Apr 08, 2024 | 04:29 PM



Rantau Asean berserta China, Jepun dan Korea Selatan, yang dikenali sebagai Asean+3, dijangka berkembang pada “kelajuan lebih pantas sedikit” sebanyak 4.5 peratus pada 2024 berbanding 4.3 peratus pada 2023, menurut Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 (Amro) pada 8 April.

Pertubuhan pemantauan makroekonomi itu menyatakan bahawa prestasi ekonomi lebih baik itu disebabkan pertumbuhan lebih teguh ekonomi Asean, yang lebih rancak daripada pengembangan tetap ekonomi di China, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.

Asean diramalkan berkembang pada kadar 4.8 peratus pada 2024, berbanding 4.2 peratus pada 2023, lapor The Business Times (BT).


Pertumbuhan kukuh sedemikian di Asia Tenggara didorong oleh pemulihan dalam eksport barangan, permintaan domestik yang kukuh, serta jumlah ketibaan pelancong yang kembali ke paras sebelum pandemik.

Dalam subwilayah Plus 3, China dan Korea Selatan akan memacu pertumbuhan bagi 2024, menurut Amro dalam laporan Prospek Ekonomi Serantau Asean+3 terbaru bagi 2024.

Pemulihan beransur-ansur dalam pasaran hartanah dan permintaan luar yang bertambah baik akan meningkatkan pertumbuhan di China, manakala pengembangan ekonomi Korea Selatan akan diterajui eksport lebih besar di tengah-tengah pemulihan dalam kitaran cip di seluruh dunia.

“Persekitaran operasi yang menyokong prospek rantau ini pada 2024 dan 2025 dijangka lebih baik, kerana pelbagai kejutan yang menjejas ekonomi sedunia sejak beberapa tahun lalu mula reda,” menurut Amro.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Asean diramal mantap pada 2025, berkembang sebanyak 4.9 peratus.

Sementara itu, pertumbuhan dalam subwilayah Plus 3, iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, dijangka kembali normal.

Hasilnya, pertumbuhan di rantau Asean+3 dijangka sederhana pada 2025, berkembang pada 4.2 peratus secara keseluruhan, lebih rendah sedikit berbanding 2024.

Bagaimanapun, Asean+3 akan kekal sebagai “pemacu utama pertumbuhan sedunia”, menyumbang sekitar 45 peratus, berbanding purata 44.5 peratus sebelum pandemik.

Dalam Asean khususnya, enam ekonomi utamanya akan terus menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi.

Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dijangka menyumbang purata 10 peratus kepada pertumbuhan sedunia dari 2024 hingga 2030.

Amro menjangka pertumbuhan di Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar akan berkembang secara beransur-ansur, meningkat lebih 5 peratus setahun.

Kesemua negara itu dijangka menyumbang bahagian lebih besar dalam ekonomi serantau dan sedunia menjelang akhir dekad mendatang, tambahnya.

Amro turut menggesa ekonomi di rantau ini supaya menjalin kerjasama lebih erat dalam menyahut tiga trend utama, iaitu penuaan, konfigurasi semula perdagangan sedunia dan perubahan teknologi yang pesat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >