Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Robot buat teh buih di hab inovasi runcit SMRT

Hive 2.0 versi baru hab terdahulu di pusat beli-belah bawah tanah Esplanade Xchange
Jan 22, 2024 | 03:44 PM



Suruh robot buatkan anda secawan teh buih, atau bubble tea, di sebuah kedai di stesen MRT.


Anda boleh lakukan itu di kedai teh buih robotik pertama di Singapura di Hive 2.0, di pusat beli-belah bawah tanah Esplanade Xchange, yang bersebelahan stesen MRT Esplanade.

Kedai itu disediakan oleh syarikat kecil dan sederhana (SME) tempatan Javis Holding.

Di Hive 2.0, anda juga boleh membeli barang di kedai layan diri tanpa juruwang Shop & Go milik 7-Eleven.

Itu adalah antara kedai canggih dan inovatif yang diumumkan oleh Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, semasa melancarkan Hive 2.0 pada 22 Januari.

Dikendalikan oleh sebuah unit pengendali pengangkutan awam SMRT, Stellar Lifestyle, Hive 2.0 ialah versi baru hab inovasi runcit terdahulu yang dibuka pada 2022.

Hive 2.0 juga memberi peluang kepada usahawan makanan tempatan untuk mengasah kemahiran memasak mereka di Incubaker, sebuah dapur dan studio yang dikongsi. Kemudahan itu sesuai untuk acara mencuba makanan atau sesi demonstrasi oleh cef bagi orang ramai.

Esplanade Xchange adalah pusat beli-belah bawah tanah yang menghubungkan stesen MRT Esplanade ke beberapa pusat beli-belah di kawasan bandar.

Dalam ucapannya, Cik Low berkata Hive, yang dibangunkan oleh Stellar Lifestyle pada Oktober 2022, menyediakan wadah bagi syarikat pemula dan SME bekerjasama dan menguji konsep perniagaan baru.

Sejak pelancarannya, Hive telah menawarkan beberapa pengalaman runcit, di samping makanan dan minuman (F&B) baru dan menarik.

Ia juga telah mempercepat transformasi digital bagi ratusan peruncit dalam rangkaian Stellar Lifestyle.

Hive 2.0 pula telah menambah baik khidmat peruncitan di sini dari segi konsep dan inovasi perniagaan.

“Kita boleh menjangkakan inovasi perniagaan runcit menyegarkan dengan ciri automasi dan khidmat layan diri menarik,” ujar Cik Low.

Beliau memberi contoh kemudahan terbaru di Hive 2.0, yang termasuk kedai teh buih robotik dan kedai tanpa juaruwang Shop & Go.

Menurut Cik Low, Peta Transformasi Industri Runcit 2025 menyediakan rangka tindakan untuk mewujudkan landskap runcit rancak dan berdaya saing di peringkat sedunia di Singapura.

Strategi tersebut bertujuan menggalak usaha mencuba pelbagai perniagaan baru dan inovatif untuk memenuhi permintaan pengguna yang berubah-ubah.

Inovasi tersebut, katanya, sekarang dapat dilihat di Hive 2.0, yang antara lain, memperkenalkan masakan dan kegiatan beli-belah menyegarkan di stesen MRT Esplanade dan kawasan Marina Bay.

“Ruang inovasi ini menggambarkan potensi menarik bagi landskap peruncitan kita,” tambahnya.

Beliau turut berharap syarikat di sini memanfaatkan automasi, robotik, kecerdasan buatan (AI), dan cara baru mendekati pelanggan.

“Inovasi ini boleh membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan jualan dan menangani cabaran tenaga pekerja serta logistik yang sering dihadapi peruncit,” ujar beliau.

Beliau menggalak syarikat pemula mencari peluang kerjasama saling menguntungkan di Hive 2.0 untuk menambah keupayaan dan memasarkan produk dan khidmat mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >