Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA rombak kelas ekonomi premium; lebih pilihan sajian, ruang penumpang lebih selesa

Mar 15, 2024 | 03:24 PM



Penumpang yang terbang dalam kelas ekonomi premium Singapore Airlines (SIA) boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan ruang yang lebih selesa mulai 31 Mac ini apabila syarikat penerbangan itu melancarkan rombakan kelas kabin.

Sebagai sebahagian daripada rombakan itu, SIA menambah menu makanan dan minuman kepada sejumlah 175 hidangan utama, 48 pembuka selera dan 34 pencuci mulut.

Semua ini adalah hidangan baru atau sedia ada yang telah diubah.

Contoh sajian, antara lain, adalah nasi lemak ayam rendang, nasi Melayu yang dihidangkan bersama ayam masak lemak bersama rempah ratus.

Hidangan sebelum ini adalah nasi lemak dengan ayam goreng.

Sajian baru sepenuhnya termasuk sembilan daripada pilihan Book The Cook, yang membolehkan penumpang membuat tempahan awal hidangan utama, seperti kambing rebus, stik kubis bunga panggang berasaskan tumbuhan dan roti jala dengan kari kambing masakan ala Melayu.


Selain itu, saiz sajian akan ditambah – sebanyak 28 peratus untuk pembuka selera, 33 peratus untuk hidangan utama, dan 26 peratus untuk pencuci mulut, kata pengarah makanan dan minuman SIA, Encik Antony McNeil, pada acara pameran media yang berlangsung pada 14 Mac.

Makanan ini akan dihidangkan di atas pinggan mangkuk porselin pada dulang bergaris linen yang lebih besar, berbanding dengan kaserol plastik pakai buang yang ada sekarang.

Ini adalah rombakan berskala besar pertama kelas ekonomi premium SIA sejak diperkenalkan pada 2015, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada 15 Mac.

Peningkatan ini juga termasuk kit kemudahan baru untuk penerbangan lebih daripada 7 jam. Diletakkan dalam kantung fabrik kraf mesra alam, kit ini termasuk pelindung mata dan selipar yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

Naib presiden kanan bagi khidmat pelanggan SIA, Encik Yeoh Phee Teik, berkata rombakan itu dilakukan selepas menjalankan penyelidikan pasaran dan mengumpul maklum balas daripada pelanggan.

Peningkatan itu adalah salah satu cara SIA meningkatkan pengalaman pelanggan, tambahnya.

Naib presiden bahagian ehwal awam SIA, Encik Siva Govindasamy, pula berkata permintaan telah meningkat di semua empat kelas penumpang selepas pandemik Covid-19, dengan faktor muatan penumpang mencecah 86 peratus dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini turut bermakna peningkatan permintaan untuk kabin ekonomi premium, katanya.

Kelas ekonomi premium tersedia pada 74, atau lebih separuh, daripada 143 pesawat penumpang SIA, yang terbang ke 31 destinasi – yang berjumlah 41 peratus daripada rangkaiannya.

Mengenai sebab SIA memutuskan untuk menambah baik menu ekonomi premiumnya, Cik Betty Wong, naib presiden bahagian perkhidmatan dan reka bentuk dalam penerbangan syarikat penerbangan itu, berkata makanan dan minuman dalam penerbangan menduduki tempat pertama dalam pemacu nilai – atau faktor yang menambah nilai – premium kelas ekonomi dalam kalangan pelanggan, mengatasi ciri-ciri lain seperti keselesaan tempat duduk dan faedah kesetiaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >