Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura destinasi pelaburan utama syarikat permulaan di Asia Tenggara

Apr 04, 2024 | 03:51 PM



Singapura merupakan destinasi pelaburan utama bagi syarikat permulaan di Asia Tenggara pada 2023, walaupun terdapat pembiayaan yang berkurangan, menurut satu laporan baru.

Laporan tersebut mendapati syarikat permulaan yang berpangkalan di sini membentuk 63.7 peratus daripada semua urus niaga ekuiti dalam kumpulan negara Asean-6, iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam pada 2023, berbanding 56.7 peratus pada 2022.

Laporan oleh Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan wadah berita teknologi DealStreetAsia itu juga menyatakan bahawa ekosistem syarikat permulaan teknologi mendalam Singapura berkembang pesat pada 2023, dengan peningkatan 31.4 peratus dalam urus niaga perniagaan berbanding 2022.

Ini menandakan pemulihan daripada kemerosotan sebanyak 38.9 peratus pada 2022, walaupun nilai urus niaga merosot 18.4 peratus kepada AS$1.53 bilion ($2.07 bilion) pada 2023, lapor The Straits Times (ST).


Pengarah ekosistem syarikat permulaan di EnterpriseSG, Cik Cindy Ngiam, berkata pada 3 April, bahawa hasil bagi Singapura menunjukkan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap negara ini sebagai destinasi utama di rantau ini untuk pembiayaan dan pembangunan syarikat permulaan.

“Sedang pelabur mengutamakan asas kukuh semasa tempoh pembiayaan yang berkurangan ini, daya tahan dan asas kukuh yang dibina Singapura ke dalam ekosistem teknologi dan inovasi akan membolehkan kita meningkatkan pertumbuhan dalam teknologi mendalam,” kata Cik Ngiam.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa syarikat permulaan teknologi mendalam di sini kini berusaha menerapkan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, yang menandakan peralihan dalam cara syarikat tersebut melaksanakan penyelidikan dan pengembangan (R&D) serta pengurusan kos.

Pembiayaan swasta yang melonjak bagi syarikat AI di Amerika Syarikat baru-baru ini besar kemungkinan mendorong pelabur lain, termasuk yang berpangkalan di Singapura, tambahnya.

Walaupun landskap AI di Singapura agak baru, pengurus dana melihat potensi untuk syarikat yang boleh mengubah keseluruhan industri dengan inovasi mereka, atau ‘disruptive companies’, muncul di sini disebabkan komitmen Singapura menyediakan sumber dan pembiayaan bagi memperkukuh kedudukannya sebagai tempat ujian bagi teknologi baru, tambah laporan itu.

Pengarah urusan firma penyedia modal Elev8.vc, Encik Aditya Mathur, menyatakan dalam satu perbincangan panel pada 3 April bahawa ekosistem teknologi mendalam Singapura berkembang pesat sejak 2019.

“Bilangan syarikat permulaan teknologi mendalam yang berkualiti dan pengasas syarikat bertaraf dunia telah berkembang pesat.

“Pada masa lalu, kami selalu melihat ke seluruh dunia (untuk mencari syarikat permulaan) tetapi sekarang saya fikir Singapura menghasilkan aliran urus niaga perniagaan yang mencukupi untuk kami,” ujar beliau.

Syarikat swasta yang disokong firma penyedia modal di sini memperoleh pembiayaan sebanyak AS$6.1 bilion pada 2023, turun 44.7 peratus daripada 2022, manakala urus niaga perniagaan dalam Asean-6 merosot sekitar 53 peratus.

Laporan itu turut berkata Singapura mempunyai sebilangan syarikat teknologi bernilai lebih AS$500 juta selepas syarikat tersebut berjaya meraih dana dalam pusingan pembiayaan.

Ini termasuk wadah beli-belah dan ganjaran, ShopBack, syarikat pembayaran rentas sempadan Thunes dan penyedia huraian e-dagang SCI Ecommerce.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >