Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S'pura, New York bandar paling mahal di dunia

Dec 03, 2022 | 11:20 AM



LONDON: Singapura dan New York dinobat sebagai bandar paling mahal di dunia selepas inflasi melonjak tahun ini, menurut satu tinjauan tahunan.



Dua bandar itu menggantikan Tel Aviv, yang kini jatuh daripada tangga pertama kepada tangga ketiga, dalam indeks Kos Sara Hidup Sedunia oleh Economist Intelligence Unit (EIU), yang berpangkalan di London.



Tinjauan itu mendedahkan kos sara hidup yang melambung tinggi di bandar terbesar dunia sedang perang di Ukraine dan sekatan pandemik Covid-19 yang berterusan mengganggu rantaian bekalan, terutama bagi tenaga dan makanan.



New York menduduki tangga teratas buat kali pertama, manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar termurah di dunia.



Harga melonjak sebanyak 8.1 peratus secara purata di 172 bandar utama yang terlibat dalam tinjauan EIU itu, yang dijalankan antara Ogos dengan September lalu.



Tinjauan itu juga menunjukkan kesan dolar Amerika Syarikat (AS$) yang kukuh pada kedudukan bandar, dengan sekitar 50,000 indeks harga seluruh dunia ditukarkan kepada AS$.



Mata wang AS$ melonjak tahun ini apabila Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah dengan jumlah yang besar untuk cuba meredakan inflasi yang tinggi kini sejak beberapa dekad lalu.



Selain New York, Los Angeles dan San Francisco juga kini menduduki 10 tempat teratas bandar paling mahal di dunia.



Namun, peningkatan terbesar ialah Moscow dan St Petersburg, dengan masing-masing naik sebanyak 88 dan 70 tangga apabila harga melonjak di tengah-tengah sekatan negara Barat dan pasaran tenaga yang menggalak pengukuhan rubel.



Ketua penyelidikan itu, Cik Upasana Dutt, berkata perang di Ukraine, sekatan negara Barat ke atas Russia dan dasar sifar Covid-19 China telah menyebabkan masalah rantaian bekalan dan apabila digabungkan dengan kadar faedah yang meningkat serta peralihan kadar pertukaran, ini mengakibatkan krisis kos sara hidup di seluruh dunia.



"Kami dapat melihat jelas kesan dalam indeks tahun ini, dengan kenaikan harga purata di 172 bandar yang terlibat dalam tinjauan kami adalah paling kukuh yang kami lihat dalam tempoh 20 tahun yang kami ada data digital," ujarnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >