Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

StanChart henti lebih 100 pekerja di S’pura, London dan Hong Kong

Jun 08, 2023 | 03:42 PM



Standard Chartered sedang secara khusus mula memberhentikan pekerja di habnya di Singapura, London dan Hong Kong, sebagai sebahagian rancangan sedia ada untuk mengurangkan kos sebanyak lebih AS$1 bilion ($1.35 bilion) hingga 2024.

Bank itu telah mula mengurangkan peranan di peringkat pejabat pertengahan termasuk sumber manusia dan transformasi digital di Asia dalam beberapa minggu lalu, menurut beberapa orang yang tahu akan hal tersebut dan enggan dikenal pasti, menurut laporan media.

Beberapa pengarah urusan dalam pasaran kewangan juga telah diberhentikan kerja di London, menurut seorang lagi.

Beberapa kakitangan muda atau ‘junior’ juga akan diberhentikan, kata seorang lagi.

Jumlah pemberhentian kerja secara keseluruhan boleh mencecah lebih 100, walaupun angka muktamad belum lagi diputuskan, tambah mereka.

Seorang jurucakap Standard Chartered berkata:

“Ia sebahagian daripada kegiataan perniagaan yang biasa untuk menyemak keperluan peranan kami secara berterusan merentasi bank, bagi memastikan kami kekal berkesan dalam menyampaikan strategi perniagaan kami dan memenuhi keperluan klien kami.”

Bank itu sebelum ini berkata ia menyasarkan penjimatan sebanyak AS$1.3 bilion dari 2022 hingga 2024.

Pemberhentian kerja yang disasarkan Standard Chartered itu berlaku di tengah-tengah sekitaran ekonomi yag sukar dan urus niaga yang kurang rancak telah menjejas pendapatan dalam industri kewangan global.

Goldman Sachs minggu lalu memberi butiran mengenai rancangannya untuk menjalankan lebih banyak pemberhentian kerja sedang bank itu berdepan dengan apa yang digelar presiden John Waldron sebagai sekitaran ekonomi yang terlalu mencabar.

Presiden bersama Morgan Stanley, Encik Andy Saperstein, juga memberi ramalan suram bagi operasi menjalin perjanjian dan perdagangan serta penjualan bagi bank tersebut.

Standard Chartered telah banyak terlepas peluang daripada ledakan dagangan pendapatan tetap pada suku pertama yang dilihat di beberapa bank Wall Street.

Cabang pasaran kewangannya mencatat kemerosotan 9 peratus dalam tempoh itu, dengan pendapatan daripada komoditi jatuh daripada jumlah rekod setahun lalu.

Ketua eksekutif Standard Chartered, Encik Bill Winters, telah berkata bahawa sistem perbankan akan mengharungi keadaan huru-hara kini, walaupun “semua orang sedang melihat dengan teliti sama ada keadaan deposit adalah sesukar seperti apa yang kami sangkakan” setelah kemerosotan pesat beberapa bank serantau di Amerika Syarikat.

Walaupun berpangkalan di London, Standard Chartered meraih kebanyakan pendapatannya daripada operasinya di Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Satu-satu pasaran terbesarnya adalah Hong Kong, yang masih mengemudi kebangkitannya setelah tempoh penguncupan ekonomi yang berpanjangan.

Standard Chartered juga mempunyai operasi besar di Singapura, di mana pelabur terbesarnya, Temasek, mempunyai ibu pejabat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >