Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat digesa terap amalan mampan dan hijau

Nov 20, 2023 | 04:16 PM



Banyak syarikat kini menerima konsep kemampanan tetapi ia perlu menjadikannya sebahagian penting daripada perniagaan mereka, dan bukan sekadar satu latihan yang tidak diamalkan, kata para pengadil bagi Kepimpinan Penjagaan 25 (Steward Leadership 25) atau SL25.


Ini bermakna melibatkan pekerja daripada peringkat pengurusan eksekutif hingga ke pekerja bawahan untuk menerapkan konsep kemampanan dan lebih memahami bagaimana operasi syarikat boleh menjejas alam sekitar dan masyarakat.

SL25 adalah penyenaraian 25 projek terbaik bagi kecemerlangan kepimpinan penjagaan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di rantau Asia-Pasifik,

Pelbagai projek akan diiktiraf semasa Sidang Puncak Kepimpinan Penjagaan (Steward Leadership Summit) di Hotel Shangri-La Singapura pada 21 November ini, lapor The Straits Times (ST).


Kepimpinan penjagaan adalah keinginan untuk mewujudkan masa depan lebih baik secara bersama.

Dalam perniagaan, ia bermakna usaha penjagaan dan penambahbaikan yang membolehkan pekerja, pemegang saham dan masyarakat berkembang maju secara bersama.

Inisiatif SL25 memaparkan pelbagai syarikat yang mungkin berasa usaha mereka berkaitan ESG tidak diiktiraf dan dihargai, kata salah seorang pengadil, Encik Munib Madni, ketua eksekutif syarikat pengurusan dana Panarchy Partners.

Seorang lagi pengadil, Cik Rebecca Fatima Sta Maria, menyatakan bahawa pengguna, terutama yang lebih muda, kini lebih bijak dalam penggunaan khidmat dan barangan. Oleh itu, syarikat mesti mengambil langkah menjadi lebih mampan dan inklusif.

“SL25 memberi peluang kepada perniagaan yang telah memulakan perjalanan ini untuk menampilkan dan berkongsi pengalaman mereka mengenai mengapa (aspek) kemampanan dan kesan adalah penting, dan bagaimana melaksanakannya,” tambah Dr Sta Maria, seorang pengarah eksekutif bagi Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec), sebuah badan penasihat kepada 21 negara anggota dalam forum Apec.

Syarikat memerlukan pemimpin yang tidak melihat ESG hanya sekadar latihan yang tidak diamalkan, tetapi sebagai sebahagian penting matlamat perniagaan, jelas Dr Sta Maria, 

Pihak pengawal selia kini turut menyertakan pematuhan ESG sebagai satu keperluan tadbir urus korporat, tambahnya.

Usaha ESG juga perlu melibatkan pemerintah, khususnya dalam memastikan peraturan yang ada sesuai bagi ESG dan menyokong peralihan syarikat dalam menghadapi cabaran alam sekitar dan kemampanan, katanya.

Peranan Singapura sebagai hab kewangan dan perniagaan bermakna ia boleh menerajui usaha ESG di rantau ini, tambah beliau.

Penerima terhormat SL25 pada 2022 termasuk DBS, UOB, OCBC, City Developments dan CapitaLand Investment.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >