Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DUA PEKERJA PENGHANTARAN KONGSI SEBAB UBAH KERJAYA

Tugas mudah, masa fleksibel jadi tarikan tapi...

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



TUGAS sambilan yang bertujuan sebagai pendapatan tambahan kini menjadi sumber pendapatan tetap bagi menyara hidup beliau dan isteri.



Cara lebih 'mudah' untuk meraih pendapatan serta waktu pekerjaan lebih fleksibel menarik Encik Shahful Kamarulzaman Ahamad, 37 tahun, untuk membuat keputusan meninggalkan pekerjaannya sebagai kakitangan di sebuah gudang.



Namun, setelah melakukan tugas yang sama selama lebih 10 tahun, Encik Shahful meluahkan hasrat menceburi bidang yang diminatinya dan mendapatkan diploma dalam kulinari.



Encik Shahful, yang tinggal bersama isteri, Cik Sumiranti Sumari, sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah hotel di sini, namun memutuskan untuk berhenti disebabkan masa bekerja yang kurang sesuai.



Menurutnya, beliau memutuskan untuk melakukan kerja penghantaran sambilan kerana ingin menambah pendapatan, tapi mendapati bahawa pendapatan yang diraih lebih lumayan pada masa itu.



"Sebab dah biasa, kerja pun sudah menjadi kerja harian untuk kita, jadi saya rasa macam lebih susah nak masuk pekerjaan lain.



"Lagipun dalam keadaan ekonomi sekarang pun, susah nak dapat kerja," katanya.



Pada masa yang sama, beliau kini bertungkus lumus untuk mengumpul wang supaya dapat menjalani kursus kulinari yang diminatinya itu.



"Memang dah lama minat dalam bidang ini, cuma peluang untuk menceburi bidang itu kurang.



"Jadi saya harap bila saya dah raih diploma dalam bidang ini lebih banyak peluang yang terbuka bagi saya nanti," katanya.



Namun, buat masa ini beliau dan isteri, seorang suri rumah, menyesuaikan diri mengikut kemampuan pendapatan sebagai pekerja penghantaran.



"Bagi saya kalau ada peluang yang lebih baik di depan mata, saya akan cuba sedaya upaya untuk 'just go'!



"Tapi kadang-kadang sukar sikit, macam saya walaupun minat bidang kulinari ini ada dari dulu, kadang nak cari peluang sukar sikit kerana kita tak ada pelajaran," ujarnya.



Menurut Encik Shahful, walaupun beliau akan berusaha mencari pekerjaan sepenuh masa, beliau tetap akan meneruskan melakukan penghantaran untuk menambah pendapatannya.




LUAH HASRAT CEBURI BIDANG KULINARI



"Memang dah lama minat dalam bidang ini, cuma peluang untuk menceburi bidang itu kurang.

Jadi saya harap bila saya dah raih diploma dalam bidang ini lebih banyak peluang yang terbuka bagi saya nanti."
- Encik Shahful Kamarulzaman Ahamad, yang meninggalkan pekerjaannya sebagai kakitangan di sebuah gudang untuk melakukan kerja penghantaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >