Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Untung DBS suku kedua lonjak kepada $2.69b; isytihar dividen 48 sen

Aug 03, 2023 | 03:06 PM



Bank DBS melaporkan keuntungan bersih sebanyak $2.69 bilion untuk suku kedua yang berakhir pada Jun – naik daripada $1.8 bilion pada tahun sebelumnya berikutan pendapatan yang lebih tinggi.

Keuntungan bersih suku tahun terbaru juga mengatasi anggaran sebanyak $2.4 bilion yang diramal penganalisis dalam tinjauan Refinitiv.

Keuntungan tersebut termasuk kos penyepaduan sebanyak $60 juta yang terkumpul daripada pemerolehan perniagaan perbankan pelanggan Citigroup Taiwan pada suku tahun kedua.

Bank DBS mengisytiharkan dividen sebanyak $0.48 sesaham untuk suku tahun kedua 2023, yang akan dibayar pada atau sebelum 24 Ogos.

Ini meningkat daripada dividen suku tahun kedua sebelumnya sebanyak $0.36 sesaham.

Untuk enam bulan berakhir Jun, keuntungan bersih bank itu meningkat 45 peratus kepada $5.3 bilion.

Ketua eksekutif DBS, Encik Piyush Gupta, berkata keuntungan suku tahunan dan setengah tahun itu berikutan kadar faedah yang lebih tinggi dan pertumbuhan meluas aktiviti pendapatan bukan faedah.

Margin faedah bersih di peringkat kumpulan ialah 2.16 peratus berbanding 1.58 peratus pada suku kedua tahun kewangan 2022.

Pendapatan DBS meningkat sehingga 40 peratus pada tahun ini kepada $4.9 bilion bagi pertumbuhan yang melibatkan pelbagai sektor dalam ekonomi negara.

Pendapatan faedah bersih meningkat 54 peratus kepada $3.6 bilion bagi suku tersebut.

Pendapatan yuran bersih meningkat 7 peratus kepada $823 juta.

Bayaran pengurusan kekayaan meningkat 12 peratus kepada $377 juta daripada jualan produk insurans hayat dan khidmatan insurans dan pelaburan lebih tinggi.

Namun pinjaman jatuh 1 peratus atau $5 bilion pada suku tersebut kepada $416 bilion, berikutan pinjaman perdagangan yang merosot disebabkan kelembapan pasaran umum dan harga yang tidak menarik, kata bank itu.

Simpanan deposit jatuh 3 peratus atau $14 bilion kepada $520 bilion. Ini disebabkan penurunan deposit akaun semasa dan akaun simpanan.

Perbelanjaan bagi suku itu meningkat 16 peratus pada tahun ini kepada $1.9 juta, umumnya disebabkan kos kakitangan yang lebih tinggi.

Nisbah kos kepada pendapatan berada pada 38 peratus – turun 6 mata peratusan daripada tempoh tahun lalu, manakala nisbah pinjaman tidak berbayar tidak berubah daripada tahun sebelumnya pada 1.1 peratus. Pulangan atas ekuiti mencapai satu lagi paras tertinggi baru pada 19.2 peratus untuk suku tahun ini, dan pada 18.9 peratus untuk tempoh setengah tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >