Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ambil inspirasi kisah jiran, Donjany dorong belia dekati agama

Jan 16, 2024 | 05:30 AM



Walaupun nama ‘Donjany’ tidak asing dalam kalangan belia, ramai tidak sedar ia sekadar nama samaran yang diambil sempena gelaran bagi seorang pendakwah popular dari seberang Tambak.

Encik Muhammad Noor Tijany Nezam, pemilik syarikat Dawn Network dan Al Fajr SG, menggunakan gelaran ‘Don’ sempena nama Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, seorang tokoh agama dari Malaysia, yang menjadi inspirasi beliau. 

Beliau menganggap Ustaz Don sebagai seorang pendakwah yang santai kerana penampilan beliau unik dan berbeza – mengenakan sut dan cermin mata hitam jenama Rayban.


Keunikan itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri Encik Donjany, sekali gus mendorong beliau mendekati Ustaz Don dan membaca tulisan dan kandungan dakwahnya. 

Pendekatan berkarisma Ustaz Don dan gaya naratif perkongsian ilmunya memberi inspirasi kepada Encik Donjany untuk turut menggunakan pendekatan serupa dalam kandungan media sosialnya bagi menggalak dan mendekatkan orang ramai dengan agama. 

Maka terhasillah identiti Donjany di alam maya kini. 

Pemuda berusia 25 tahun itu mula menjinakkan diri mencipta kandungan di media sosial dengan melakukan video gelap semasa permulaan pandemik Covid-19, kongsi beliau dengan Berita Harian (BH) di pejabatnya sendiri.


“Dulu saya lebih agresif dan kandungan saya sangat kontroversial. Saya mencipta kandungan di dalam ruang bilik saya sendiri,” ujarnya.

Beliau kemudian ditawarkan bekerjasama dengan Non-Judgemental Podcast (NJU), yang diusahakan penyiar setempat - Dzar Ismail, Dyn Norahim, Raja Radzi - dan sekumpulan asatizah, selama setempat dua hingga tiga tahun sebagai pencipta kandungan.


“Ketika itu, saya melakukan banyak kandungan untuk NJU. Saya banyak menyentuh tentang topik-topik berhubung isu semasa dan perkara-perkara yang berlaku di Singapura,” jelasnya yang kemudian terus mencipta kandungan secara sendirian.

Kini, Encik Donjany mencipta kandungan yang bertujuan memberi motivasi kepada orang ramai mendekati agama.

Apakah yang mendorong beliau melahirkan jenis kandungan sedemikian?

Mengimbas pengalaman ternampak seorang jiran yang digelarnya ‘Abang Mabuk’ terbaring di kolong blok, beliau berkata: “Saya sering kali ternampak beliau dalam keadaan mabuk dan terbaring. Walaupun kami tidak pernah bertegur sapa, saya pernah membantunya pulang ke rumah dengan bertatih.

“Saya terkejut apabila beliau tiba-tiba menegur saya pada suatu hari dan memberitahu saya bahawa beliau turut menonton video-video saya.” 

Menyambung ceritanya sambil tergelak kecil, Encik Donjany menambah bahawa ketika bersalaman kemudian, ‘Abang Mabuk’ itu meluahkan keinginan mendekati agama.

Yang sedihnya, kira-kira setahun atau dua tahun lalu, ‘Abang Mabuk’ itu meninggal dunia di atas sejadahnya dalam keadaan tidur selepas menunaikan solat isyak, tambah beliau.

Kisah ‘Abang Mabuk’ ini lantas mendorong Encik Donjany mengajak “golongan yang tidak dekat dengan Islam” mendekatkan diri dan memahami agama.

“Golongan ini mungkin menghadapi kesukaran merujuk kepada asatizah atau institusi pendidikan agama atas sebab-sebab peribadi tertentu, dan kandungan-kandungan di media sosial ini menjadi pilihan lebih mudah untuk mereka,” jelasnya tentang pilihan media sosial sebagai pendekatannya untuk orang ramai.

Di samping pekerjaannya sebagai pencipta kandungan, beliau juga menumpukan perhatian kepada perniagaan beliau – Dawn Network dan Al Fajr SG – yang pengasasnya ialah dirinya sendiri dan Encik Hamzah Salim, 26 tahun.

Kedua-dua perniagaan ini sudah masuk kira-kira tiga bulan.

Dawn Network adalah syarikat pengurusan pencipta kandungan dan pengeluaran media sosial manakala Al Fajr SG pula menawarkan perkhidmatan Islam seperti ibadah korban, akikah, pengagihan makanan, wakaf dan kursus jenazah.

Baru-baru ini, Encik Donjany dan pasukan Al Fajr SG nya menganjurkan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ di Masjid Yusof Ishak pada 6 Januari dan Masjid Mujahidin pada 13 Januari. Kempen ini bertujuan menerapkan semangat waktu subuh, melambangkan permulaan setiap hari sebagai peluang pembaharuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >