Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Beto Kusyairy syukur tiada tulang patah susuli nahas

Nov 16, 2023 | 03:41 PM



Bintang filem, The Original Gangster, Beto Kusyairy, 43 tahun, yang mengalami kemalangan motosikal ketika menyertai konvoi, Solidariti Wings Motogang Society ke Masjid Negeri Ipoh, Perak, Isnin lalu, berada dalam keadaan baik.


Menerusi kenyataan video yang dimuat naik dalam Instagram, pelakon itu bersyukur tidak mengalami tulang patah mahupun sebarang keretakan anggota badan.

Sebaliknya, kata Beto dalam video lebih dua minit itu, beliau hanya mengalami luka ringan.

“Keadaan saya okey, alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat.

“Saya mohon maaf kepada pihak media yang cuba menghubungi, tetapi saya tak jawab atas sebab tertentu.

“Ketika dalam perjalanan menyertai konvoi, Solidariti Wings Motogang Society, saya bersama dua lagi peserta mengalami kemalangan. Jadi, saya nak maklumkan keadaan terkini yang saya okey. Ujian X-ray sudah dibuat dan tiada tulang yang patah atau retak, hanya luka-luka kecil saja,” katanya kepada laman Berita Harian Malaysia (BHM).


Bagaimanapun, Beto memohon pengikutnya agar mendoakan kesihatan salah seorang peserta konvoi yang masih lagi dirawat di hospital.

“Kepada yang menonton video ini, minta doakan seorang lagi penunggang yang juga ahli konvoi Solidariti Wings Motogang Society berikutan keadaannya yang tak berapa cantik.


“Doakan kesejahteraannya dan semoga diberikan kekuatan, begitu juga pada ahli keluarganya semoga kuat berdepan dugaan ini,” katanya.

Beto turut menitipkan pesanan kepada semua penunggang motosikal yang ingin berjalan jauh atau ke mana-mana saja supaya berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam keadaan musim hujan.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ladang Bikam, motosikal berkuasa besar yang ditunggang Beto terjatuh selepas bergesel dengan motosikal lain yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

Seramai 60 peserta Solidariti Wings Motogang Society yang diketuai Datuk Awie bergerak dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sekitar 4 petang.


Keadaan jalan licin akibat hujan lebat sepanjang perjalanan antara faktor mengakibatkan kemalangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >