Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU KONSERT

'FENOMENA' penghibur S'pura tiga generasi penawar rindu acara 'live'

Konsert Pesta Raya berbaloi ibarat beli untuk 3 artis, dapat 7 artis termasuk selebriti M'sia
May 29, 2022 | 12:24 AM



Fenomena di jiwa

Fenomena kau cipta

Fenomena indah amat mengasyikkan



TIGA baris lirik ini dipetik daripada lagu 'hit' band rok Malaysia, Search, yang berjudul Fenomena.



Buat saya secara peribadi, ia juga menggambarkan 'Fenomena' yang tercipta pada Jumaat (27 Mei) apabila tiga artis Singapura - Jatt Ali, Hady Mirza dan Sufi Rashid - berkongsi pentas  di Dewan Konsert Esplanade sempena Pesta Raya.



Nama konsert yang dinanti-nanti setelah dua tahun tidak ber-'Pesta Raya' secara fizikal adalah Fenomena.



Senyuman terukir di bibir ramai sejurus melangkahkan kaki keluar daripada dewan konsert tersebut beberapa minit selepas 9.30 malam.



Bersemangat menyaksikan stamina dan humor 'Abang Drummer' Black Dog Bone, Jatt, ketika melantunkan lagu Penghibur dan Pemberitahu, Hatiku Luka Lagi dan Khayalan.



Terhibur bak dibuai angin sepoi-sepoi bahasa mendengar suara lemak merdu juara Asian Idol, Singapore Idol dan Gegar Vaganza 6 (GV6), Hady Mirza.



Khususnya apabila beliau mendendangkan lagu ikoniknya Angkasa dan lagu barunya, Cinta Sampai Di SIni, harapan anda kerjaya penghibur berwajah 'boyish' ini akan terus berkembang di sana sini.



Akhir sekali yang paling muda dalam kalangan mereka bertiga, Sufi, juga bak bateri 'Energizer' di pentas dengan lontaran suara pada nada tinggi bagi dua lagu 'hit' Kisah Dua Muka dan Aku Sanggup.



Ketiga-tiganya melahirkan kerinduan berada di pentas Esplanade untuk menghiburkan peminat yang teruja menyaksikan konsert secara 'live.



"Apabila mendapat tawaran menjayakan konsert ini, perkara pertama yang saya buat adalah cari pasport untuk diperbarui...dah lebih dua tahun tak balik Singapura," kata Sufi yang membuka tirai persembahan Fenomena.'



Kedengaran ada penonton yang rasa berbaloi menonton Fenomena kerana jangkanya beli tiket nak tonton tiga artis Singapura yang sudah mengharumkan nama negara di seberang Tambak tetapi akhirnya diberi bonus dalam bentuk empat artis undangan - dua dari Singapura, dua dari Malaysia.



Bahkan ada yang berseloroh menyatakan, 'macam bayar niat' selepas dua tahun tidak menonton konsert 'live' pada skala persis sebelum pandemik.



Sufi menyanyi dengan rakan baiknya sejak Akademi Fantasia, Syamel. Hady berduet dengan isteri Syamel, Ernie Zakri, yang memang memiliki vokal 'powerhouse'.



Jatt pula diberi peluang berduet dengan juara SG Mania 3, Rahila Rashun, yang nampaknya antara artis paling laris di musim Lebaran dek rezeki banyak 'show' Raya setiap hujung minggu..



Kemudian, legenda Lovehunters, Moliano, juga mengiringi tiga 'Fenomena' Singapura ini dalam persembahan lagu yang pernah dipopularkan bandnya, Sambutlah Kasih.



Syabas buat penerbit konsert, Najip Ali, dari Dua M dan pasukannya, yang mmemberikan hiburan padat buat ramai yang dahagakan hiburan dengan kelonggaran dalam musim endemik.



Kepuasan terletak pada gabungan penghibur yang interaktif dan tidak menjenuhkan, muzik bermutu yang disajikan pengarah muzik Mayuni Omar dan rakan-rakannya



Apabila diminta menyanyikan lagu-lagu yang memberi inspirasi dalam hidup mereka, ketiga-tiganya membawa anda ke zaman nostalgia.



Sufi memberi penghormatan buat ibunya, Cik Irma Suriana Mahamud, melalui lagu kumpulan Exists, Untukmu Ibu.



Hady bawa kita ke zon mesra alam melalui lagu ikonik Datuk Zainal Abidin, Hijau.



Jatt pula bak berada dalam mesin kembara masa dan mendarat ke 'bumi pop yeh yeh' menerusi sajian lagu era 1960-an seperti Kenanganku oleh Jeffrydin.



Konsert berakhir dengan lagu saduran Earth, Wind & Fire, Khayalan, serta La-Obe (dendangan asal Kassim Selamat)



Dalam usaha Esplanade kembali 'start enjin' menyajikan persembahan 'live' dan memeriahkan sambutan Raya, Fenomena memang 'gerek'..



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >