Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Filem Mat Kilau kutip RM7 juta selepas tiga hari tayangan

Jun 26, 2022 | 09:29 PM



PETALING JAYA – Filem epik Melayu arahan pengarah Syamsul Yusof, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan panggung hampir RM7 juta ($2.2 juta) selepas tiga hari tayangan.



Butiran ini dimuatnaikkan Syamsul di Instagram Story beliau.



Awal sebelum itu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, menzahirkan keterujaan apabila filem terbitan Kembara Studio dengan kerjasama Skop Productions tersebut terus mencipta magis di panggung biarpun diberi saingan hebat filem luar negara termasuk dari Hollywood.



“Alhamdulillah untuk segala-galanya. Filem Melayu kita berjaya mengetepikan filem luar dan Hollywood. Dengan itu, kita harus berbangga.



"Tahniah buat semua pasukan penerbitan saya. Kun Fayakun, tsunami filem Melayu,” coretnya menerusi hantaran status terbaru dalam Instagram.



Pada hari kedua tayangan, filem yang menelan menelan kos belanja RM8 juta tersebut menambah kutipan pawagam sebanyak RM1.8 juta.



Terdahulu, filem yang diterajui barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Fattah Amin dan Beto Kusyairy itu meraih kutipan luar biasa di pawagam tempatan iaitu RM1 juta hanya pada hari pertama tayangan. - Kosmo! Online/Instagram Story Syamsul Yusof




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >