Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hadiah RM20,000 untuk tebus barang kemas, langsai hutang: Adibah Noor

Jan 24, 2022 | 10:27 PM



PETALING JAYA: Bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Adibah Noor akan menggunakan RM20,000 ($6,432) hasil wang kemenangannya untuk melunaskan hutang-piutang sebelum ini.



Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohd Omar, 51 tahun, yang menduduki tempat keempat berkata, beliau juga mahu menebus kembali barang kemas yang pernah digadai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



“Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya langsung tak malu mengaku tentang hal tersebut.



"Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas.



“Saya juga akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti rehatkan diri,” katanya kepada laman Kosmo! Online.



Terdahulu, pelantun lagu hit Terlalu Istimewa itu pernah mendedahkan kehidupan sukarnyan sepanjang tempoh PKP hingga terpaksa meminjam wang dan menggadai barang kemas demi kesinambungan hidupnya.



Pada konsert akhir GV8 pada Ahad, Adibah menyanyikan lagu Seroja nyanyian asal S. Effendi dan duet bersama Datuk Zainal Abidin menerusi lagu runut bunyi filem animasi Tarzan, Kau Di Hatiku.



Manakala bagi pusingan battle pula, Adibah berentap dengan Azan Scan menerusi lagu Kami Rappers dari 4U2C sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.



GV8 menyaksikan penyanyi kelahiran Singapura Aliff Aziz merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang RM100,000 berserta trofi. - Kosmo Online!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >