Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hannah Delisha sangkal dakwaan rumah tangga bermasalah

Dec 21, 2023 | 03:02 PM



Tidak berkongsi tentang perihal suami di media sosial bukan bererti mahligai yang dibina dalam fasa berantakan.

Begitulah penjelasan yang diberikan pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, yang berpangkalan di Malaysia kini, menjawab desas-desus warganet dan media mengenai keadaan rumah tangganya bersama bakat Singapura, Imam Shah.

“Banyak sahaja khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami bermasalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukan tidak mahu kongsi, tetapi kami berdua selesa begini.

“Sejak awal perkenalan pun kami jarang kongsi pasal peribadi. Banyak hantaran adalah tentang kerja dan perniagaan.

“Setiap orang ada cara sendiri dan ini adalah pilihan kami. Selagi khabar angin tidak memudaratkan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini,” kongsinya kepada laman web, Utusan Malaysia.

Turut dipertanyakan adalah perihal zuriat memandangkan mereka sudah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Hannah, yang namanya disebut-sebut kembali selepas menjayakan drama, Andai Itu Takdirnya, berkata:


“Siapa tidak mahu zuriat kan? Tetapi soal rezeki ini saya dan suami sepakat tidak mahu terlalu memaksa atau mempersoal.”

“Kami percaya Tuhan lebih mengetahui waktu terbaik untuk kami memiliki zuriat dan pada masa yang sama, terbuka sekiranya dikurnia cahaya mata dalam masa terdekat.

“Ada juga terima pertanyaan berkaitan zuriat ini, tetapi saya dan suami tidak ambil hati. Cuma kadang-kadang terfikir juga. Terutama soal usia dan perancangan masa depan.

“Tetapi kami serahkan soal rezeki bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu,” ujarnya lagi.

Pasangan itu juga kelihatan datang bersama pada peringkat akhir peraduan realiti Astro, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada 10 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >