Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ingat lagi trend TikTok 2023?

Dec 19, 2023 | 05:30 AM



Mengucapkan selamat tinggal kepada 2023, TikTok meniti kembali perjalanan, merenung tahun yang penuh dengan ketawa, kreativiti dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan.

Dalam laporan Tahunan TikTok tahunannya, wadah itu mendedahkan trend, pencipta kandungan dan detik yang mentakrifkan tahun 2023 untuk Singapura.

Daripada jenaka yang menular kepada kemunculan bintang yang meriah, melodi berirama daripada bakat tempatan, perniagaan kecil yang memperkasa orang ramai dan trend masakan eksklusif – semuanya menyumbang kepada tahun yang dicirikan oleh kreativiti yang berterusan, ketawa yang berjangkit-jangkit, dan inspirasi yang membangkitkan semangat.

Mari kita sama-sama mengimbas semula 2023 di TikTok...

#ForYou Faves: Video popular 2023


TikTok mempersembahkan pesona Komedi, @farahlola yang mengambil gelaran sebagai pencipta video terkemuka di Singapura.

Beliau menjadi sensasi komedi yang membawa kegembiraan kepada ramai pengguna TikTok.

Bintang TikTok 2023 yang baru


Menurut TikTok, ia menyaksikan kelahiran bintang baru setiap hari, dan di Singapura, ia adalah maestro komedi, Syafiqah atau lebih dikenali sebagai @syapls di alam maya.

Melodi dan bakat tempatan
ungguli carta


Di landskap muzikal TikTok, bakat tempatan seperti Sezairi (@sadboysezzles) memukau pengguna dengan alunan melodi yang merentasi sempadan.

Inspirasi tempatan:
Perniagaan kecil cetus inspirasi


TikTok telah mendedahkan bahawa ia bukan sahaja menghiburkan malah turut memberi inspirasi kepada orang ramai dalam menyokong perniagaan tempatan.

Antaranya ialah @mawarrose.sg, kedai solek dalam talian yang ditemui oleh Hanis pada 2020.

Hanis, penggemar solek, membawa Mawarose ke Singapura selepas menyedari kesukaran yang dihadapi ramai wanita dalam perjalanan penjagaan diri mereka.

Trend, kesan dan perjalanan masakan


Daya tarikan unik TikTok terletak pada keupayaannya dalam mencipta trend yang beralun di seluruh platform.

Pada 2023, @chefbob membawa pengguna ke perjalanan kulinari menggunakan Foto & Teks pada Hari Cef Antarabangsa, mempamerkan kuasa kesan dan ciri TikTok dalam membentuk trend merentasi sempadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >