Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ingatkan Nana nak kahwin... rupanya rai ‘jodoh’ 25 tahun dengan peminat

Jan 31, 2024 | 03:39 PM



Apabila penyanyi dan finalis All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Siti Nordiana Alias, mengenakan gaun pengantin putih bersih bagaikan nak bersanding, ramai peminatnya teruja apakah Nana (panggilan mesra buatnya) akhirnya akan menamatkan zaman solonya?


Ternyata, ia hanyalah gimik untuk konsert ulang tahun penglibatannya dalam seni yang ke-25, Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun, yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Mei depan.


Nana, 39 tahun, yang ditemui Berita Harian Malaysia (BHM), memohon maaf sekiranya ada pihak yang salah faham.


“Saya dengan rendah hati memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan mendirikan rumah tangga selepas tersebarnya foto mengenakan busana pengantin baru-baru ini.

“Sebenarnya fotografi ini khusus untuk acara istimewa, julung kali dan sangat bermakna ini.

“la untuk konsert perdana sepanjang lebih dua dekad saya berkecimpung dalam dunia seni khususnya muzik iaitu Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun.


Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun terlalu istimewa kerana akan menjadi panggung dan ‘pelamin khas’ untuk saya meraikan kerjaya saya bersama peminat yang tidak pernah berhenti menyokong perjalanan muzik saya selama ini,” katanya.


Terdahulu, spekulasi Nana bakal berkahwin kali kedua hangat diperkatakan selepas foto penyanyi itu menyarung gaun pengantin berwarna putih tersebar.

Nana mengaku, ada sesuatu istimewa di sebalik tersebarnya foto mengenakan gaun pengantin berwarna putih itu.

“Menyarung busana kahwin barangkali sinonim dengan acara pernikahan tetapi ‘perkahwinan’ ini bukan bertemu jodoh dengan seorang lelaki sebaliknya meraikan peminat yang menjadi tulang belakang kerjaya saya,” katanya.

Penyanyi kelahiran Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, itu berkata Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun akan menjadi saksi jatuh bangun dalam perjalanan kerjayanya yang tidak semuanya manis, namun setiap satu diambil sebagai pengalaman untuk kekal relevan dengan pasaran masa kini.


Katanya, konsert tersebut akan menggamit nostalgia peminat menerusi lagu-lagu seperti Bukan Mengungkit Tapi Membangkit, Tak Upaya Menangis Lagi sehingga Satukan Rasa.


“Sebenarnya konsert ini dirancang sebulan lalu, namun saya masih di awangan ketika diberitahu mengenai perancangan konsert. Sebelum ini, bukan saya tak mahu buat konsert, tapi tiada rezeki.

“Alhamdulillah, nampaknya 2024 ini ada rezeki saya mengadakan konsert solo,” katanya.

Pada malam konsert, peminat yang hadir perlu menyarung busana ‘Memori Silam’ untuk larut dalam momen dan sejarah yang bakal tercipta menerusi konsert yang dibawa oleh Icon Entertainment itu.

Alahai, beruntung peminat Nana kerana merekalah ‘jodoh’ yang diraikan Nana pada malam berkenaan.

Bagi peminat Singapura yang nak beli tiket konsert antara RM188 hingga RM308 ($31.32 hingga $89.32), lungsuri laman www.ticket2u.com.my mulai 10 pagi 2 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >