Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu kajian yang mencetuskan revolusi dah diusahakan oleh pasukan gabungan dari Institut Sains Klinikal Singapura (SICS) Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), dan Universiti Nasional Singapura (NUS) mendedahkan betapa pentingnya corak gaya hidup kanak-kanak terhadap kesihatan masa depan.