Anda memerlukan inspirasi daripada selebriti yang telah mengharungi jerih payah kehidupan? Berikut tiga buku kisah riwayat hidup yang boleh diperolehi untuk tinjau apa yang dilakukan sebagai motivasi.
‘ROCKERS JUGA MANUSIA’
- Kisah riwayat hidup Ratu Rok Malaysia, Ella.
- Inilah buku yang merakam perjalanan seni dan sumbangan Ella kepada dunia hiburan Nusantara. Jika Ella orangnya tidak banyak berbicara malahan dengan media juga sering tersipu-sipu malu tetapi manja, buku ini akan menjawab segalanya dan menjadi suara tentang tekad bulatnya mewarnai industri.
- Boleh didapatkan di https://rockqueen.com.my/ella
‘OPEN BOOK’
- Kisah riwayat hidup pelakon dan penyanyi, Jessica Simpson.
- Menggali emosi Simpson sejak 15 tahun lalu, detik di mana beliau menyedari dirinya mempunyai masalah ketagihan arak dan mula ingin mengubah hidupnya. Ia bukan kisah mengecapi glamor semata-mata tetapi membongkar kehidupan anak seni yang dambakan kehidupan tenang seperti orang lain.
- Boleh didapatkan di Shopee dan eBay.
‘UNFINISHED’
- Kisah riwayat hidup ratu cantik dan pelakon, Priyanka Chopra Jonas.
- Ia menjejak kehidupan Priyanka di dunia berbeza. Kehidupan kanak-kanaknya di India, zaman remaja di Amerika Syarikat dan kembalinya beliau ke India. Semua jerih payah untuk mengejar cita-cita dan rasa dipinggirkan di negara sendiri serta bagaimana beliau mengejar rezekinya di Amerika dikongsi.
- Boleh didapatkan di Amazon dan Shopee.