Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kontroversi Aliff-Ruhainies: Seniman minta Sarah Yasmine henti sebar kenyataan

Apr 30, 2024 | 03:21 PM



Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahu wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine, agar berhenti mengeluarkan kenyataan atau mengambil tindakan yang dianggap boleh mengeruhkan keadaan hingga menjejas imej dan kredibiliti industri kreatif.

Setiausaha Agung Seniman, Mohd Hafiz Mohd Nafiah, berkata sejak tercetus kontroversi Aliff dan Ruhainies ditangkap khalwat dan pendedahan Sarah, pelbagai pihak membuat andaian yang sedikit sebanyak menjejas imej dan kredibiliti industri hiburan tanah air.

“Selaras dengan dasar Seniman iaitu memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis Malaysia, persatuan ini beranggapan individu dikenali sebagai Sarah Yasmine harus menghentikan isu membabitkan Aliff dan Ruhainies.

“Perkara membabitkan Aliff dan Ruhainies telah dan sedang disiasat pihak berkuasa, maka semua pihak harus hormati proses itu.

“Selain daripada perkara dan isu yang hangat diperkatakan sekarang oleh Sarah, Seniman menganggap ia isu peribadi.

“Kita menggesa supaya perkara ini diselesaikan secara tertutup bagi mengelak atau membuka aib mana-mana individu lain.

“Sehubungan itu, Seniman mengingatkan Sarah agar menghentikan apa juga tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan merosakkan imej artis Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Hafiz berkata, Seniman berharap isu rumah tangga Aliff dan Bella Astillah biarlah diselesaikan sendiri tanpa perlu ada individu yang tiada kaitan, mencampuri urusan hingga menjejas proses penyelesaian.

“Seniman memandang serius isu membabitkan imej artis Malaysia dan mengelak industri ini dipandang serong di mata masyarakat dan pihak luar.

“Seniman juga menggesa pihak yang nama mereka terpalit dalam isu ini agar membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak berkuasa boleh menjalankan siasatan,” katanya.

Menurut Mohd Hafiz, Seniman mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan kontroversi tercetus sebagai suatu polemik dan menghentikan segera perbalahan, tuding menuding dan membuka aib mana-mana individu dalam media sosial bagi menjaga nama baik industri seni.

Aduh, Sarah Yasmine punya hal, sampai seisi dunia hiburan Malaysia pula pening kepala!




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >