Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kritikan pedas Mas Idayu buat otak penyanyi Sissy Imann 'kosong'

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



PENYANYI muda berbakat, Sissy Imann Mohammad Kamil, mengakui fikirannya kosong selepas menerima kritikan pedas daripada juri tetap program realiti Famili Duo, Mas Idayu kerana dianggap gagal memberikan persembahan terbaik menerusi konsert minggu keenam Ahad lalu.



Setelah beberapa hari mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan sepupu dan rakan duetnya dalam peraduan itu, Naim Daniel, Sissy, 27 tahun, menulis di Instagram beliau belum mampu mencari idea dan konsep sesuai untuk dibawa pada minggu separuh akhir program Famili Duo bertemakan Legenda/Idola lusa.



Menulis catatan berkenaan yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM) kelmarin, Sissy berkata: "Selama enam minggu sebelum ini, hari inilah di mana kita (Sissy dan Naim) dah memuktamadkan konsep persembahan.



"Kita langgar waktu dengkur dengan perbincangan dan pastikan 'deck' yang kita buat bersama dah siap supaya pihak penerbitan boleh sediakan alat peraga, penata gaya dan dah boleh cari baju.



"Hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio daripada pengarah muzik selepas selesai latihan dengan band yang selalunya dah siap susun setiap Isnin.



"Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual."



Dalam hantaran sama, Sissy memohon maaf kepada Naim, 25 tahun, atas situasi mencabar yang menimpanya ketika ini.



"Kita dah janji untuk sama-sama hadapi apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ini bermula, tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.



"Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ini sedangkan semua ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.



"Saya minta maaf juga pada semua rakan media dan rakan yang saya tinggalkan dalam gelap seperti saya, terperangkap dalam gelap juga," tulis Sissy.



Bagaimanapun, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu berkata beliau akan kembali bangkit dalam masa terdekat.



"Jangan risau. Insya-Allah saya akan kembali. Beri saya sikit masa lagi. Sayang semuanya," tambahnya.



Awal sebelum ini, Sissy mengubah rancangan melancarkan album sulungnya pada 2 Februari ini kerana terlalu kecewa dengan kegagalan menyajikan persembahan terbaik.



Beliau akui sudah tawar hati untuk mengadakan majlis pelancaran album sulungnya secara besar-besaran seperti dirancang.



"2 Februari 2023 adalah hari yang sepatutnya Sissy lancarkan barangan koleksi rasmi untuk album yang Sissy rakamkan di Studio Abbey Road, London, tahun lepas.



"Album fizikal sudah siap dicetak dan ketika ini, kami sedang menyiapkan mug, kemeja-T dan beberapa barangan koleksi lain.



"Kita juga bercadang untuk mengumpulkan rakan-rakan media dan rakan baik ke majlis sidang media untuk berkongsi butiran album yang Sissy hasilkan dengan penuh kasih sayang ini.



"Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya Sissy dengan perancangan yang sudah disusun. Namun, kegembiraan ini mungkin sudah lenyap sekarang. Pagi tadi bangun, bila nampak album ini, Sissy rasa tak boleh nak pandang," tulisnya.



Mengiringi keterangan gambar itu adalah foto yang memaparkan kotak berisi cakera padat album Sissy.



Tidak mahu luka di hati terus berdarah, bekas pengacara Muzik-Muzik ini berhasrat menjual album itu dengan harga rendah dengan menganggapnya sebagai jualan amal.



"Asalnya Sissy nak jual dengan harga RM50 ($15.40). Itu pun tak pulang modal, apatah lagi, nak bawa keuntungan.



"Album ni memang menelan banyak kos dan semuanya Sissy tanggung sendiri hasil duit titik peluh selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri.



"Tapi, bila memikirkan Sissy tak boleh pandang album ini tanpa ada rasa sedih, jadi Sissy mahu menjualnya dengan harga seperti derma sahaja iaitu bermula dengan harga RM20," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >