Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'Kucing Kreatif' ajak si cilik lebih berani hurai masalah

Persembahan teater setempat diadakan dalam talian berunsur interaktif
Oct 05, 2022 | 05:30 AM



DALAM kehidupan harian yang berlalu secepat kilat dan semakin bergantung kepada dunia pendigitalan, kita tidak dapat mengelakkan cabaran yang kadang kala menuntut kita mengambil risiko.



Namun dalam mengambil risiko itu, apakah kita masih mampu berfikir seara kreatif demi mendapatkan kesan yang lebih baik.



Itu adalah antara soalan-soalan yang diajukan kepada penonton cilik dalam penerbitan teater dalam talian yang bertajuk 'Kucing Kreatif'.



Persembahan selama sejam ini telah pun bertemu penonton sejak Sabtu lalu dan akan berlangsung sehingga penghujung Oktober ini.



'Kucing Kreatif' merupakan pementasan dalam talian yang berinteraktif, dengan susunan aktiviti yang telah disediakan untuk berhibur sambil belajar.



Menurut pengarah dan penulisnya, Adi Jamaludin, beliau memilih pendekatan dalam talian untuk memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak kecil mereka supaya dapat turut serta tanpa perlu keluar rumah.



"Mereka hanya perlukan komputer untuk menonton 'Kucing Kreatif' dan boleh memilih berinteraksi melalui video Zoom, audio ataupun di ruangan sembang jika perlu menjawab soalan yang tertera sewaktu pementasan itu," katanya.



'Kucing Kreatif' mengisahkan cerita kucing yang selalu dihina oleh orang kampung Pulau Ujong kerana menganggap kucing itu tidak ada keistimewaannya. Kucing itu selalu diejek kerana sifatnya yang penakut dan tidak segagah sang Harimau.



Apabila kampung Pulau Ujong dilanda musibah Datuk Kebayan yang menggunakan sihir untuk menguasai penduduk kampung itu, daya kreativiti 'Kucing Kreatif' tercabar, dan ia perlu memikirkan cara untuk menewaskan Datuk Kebayan yang jahat itu.



"Kami ingin mengajarkan cara berfikiran kreatif - dengan mengajukan idea tiga kemungkinan kepada penonton kami," kata Adi yang juga akan membawa watak Atok Adi yang terkenal dengan cerita-cerita dongengnya.



Tambah Adi lagi, teori tiga kemungkinan menggalakkan perbincangan untuk membantu mengembangkan sesuatu idea.



"Kami akan bertanya bermacam soalan untuk mencabar penonton berfikir luar dari ruang keselesaan mereka," katanya.



Barisan pelakon cerita pendek ini terdiri daripada Wan Mohamed Haddad Salleh, Hafiz Yusof dan Suryana Nordin dan bahagian lakonan telah dirakam terlebih awal dengan visual yang menarik untuk memaparkan sekitaran kampung dan suasana dalam penceritaan.



Menurut Adi: "Teater Melayu telah lama menampilkan cerita-cerita yang ada banyak pengajaran dalam segi budaya dan nilai, tetapi jarang sekali menyentuh kreativiti dan innovasi. Ini adalah peluang untuk kami lakukan itu untuk penonton cilik kami nanti."



Tiket-tiket berharga $20 boleh didapati dari kucingkreatif.peatix.com.



Pementasan dalam talian ini akan berlangsung menerusi Zoom, setiap Sabtu dan Ahad, sepanjang Oktober, dari 3 petang hingga 4 petang.




"Mereka hanya perlukan komputer untuk menonton 'Kucing Kreatif' dan boleh memilih berinteraksi melalui video Zoom, audio ataupun di ruangan sembang jika perlu menjawab soalan yang tertera sewaktu pementasan itu."



- Adi Jamaludin, pengarah dan penulis 'Kucing Kreatif'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >