Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Macam mana ‘single’ nak beli flat BTO?

Nov 09, 2023 | 01:31 PM



SOALAN: Saya mahu kekal ‘single’. Apakah faktor utama yang perlu saya ambil kira sebelum memohon flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada usia 35 tahun? Bagaimanakah saya boleh menilai apakah saya stabil dari segi kewangan sebelum 35 tahun?


Berikut jawapan ejen hartanah Encik Irwin Samad, pengarah Bersekutu syarikat hartanah PropNex:

JAWAPAN: Anda hanya boleh beli flat BTO Fleksi 2 bilik di estet belum matang atau mulai separuh kedua 2024, anda akan dapat membeli flat Fleksi 2 bilik baru di semua kawasan di Singapura, merentas projek perumahan Standard, Plus dan Prime.


Golongan bujang yang mahu membeli BTO tidak boleh melebihi had kelayakan pendapatan bulanan $7,000.

Anda juga tidak boleh memiliki atau mempunyai kepentingan dalam sembarang hartanah privet tempatan atau luar negara atau telah menjual sembarang hartanah kediaman privet 30 bulan sebelum memohon HFE (Surat Kelayakan Flat HDB).

Jika anda pembeli kali pertama, anda mungkin layak mendapat geran hingga $40,000.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memohon HFE dalam talian. Anda perlu memohon HFE lebih awal.

Diperkenalkan pada Mei 2023, HFE memberi pembeli flat BTO pemahaman dan penilaian lebih baik tentang pilihan perumahan dan pembiayaannya sebelum membuat komitmen untuk membeli.

Sebaiknya, anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan untuk menyelidiki lebih mendalam dan meminta seseorang membimbing anda dalam perancangan kewangan.

Bagi saya, kestabilan kewangan ialah apabila seseorang itu mempunyai wang yang cukup dan tidak berasa risau ketika membayar bil, mempunyai cukup untuk menampung sebarang kecemasan (perubatan dan sebagainya) serta mempunyai simpanan mencukupi bagi keperluan lain.

Jika anda perlu menanggung sebarang hutang, adalah penting anda merancang kewangan anda.

‘Cukup’ itu berbeza mengikut keperluan atau gaya hidup individu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >