Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

WHe@Inspirasi

Meski baru 12 tahun, jaya kumpul lebih $1.2j untuk amal

Jan 03, 2024 | 03:50 AM



Pada usia 12 tahun, Chng Rui Jie telah mengumpulkan lebih $1.2 juta untuk tujuan amal.

Dia mula menganjurkan usaha mengumpul dana secara dalam talian melalui Giving.sg seawal usia sembilan tahun.

Ia khusus untuk mengumpul dana bagi murid sekolah rendah yang mungkin lapar sewaktu masa rehat kerana masalah kewangan keluarga.

Keinginan untuk membantu itu didorong oleh pengalaman Rui Jie sendiri semasa di Darjah 1. Dia terlupa membawa dompetnya ke sekolah dan tidak dapat makan semasa rehat.

“Itu adalah pengalaman yang tidak menyenangkan bagi saya,” singkap murid Sekolah Rendah Gongshang itu.

“Dan untuk mengetahui bahawa ada orang yang tidak dapat makan tiga kali sehari, saya berasa sangat sedih. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk membantu,” tambahnya.

Pada 2020, dia berjaya mengumpul $56,000 untuk Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) dalam tempoh enam bulan.

Sehingga kini, Rui Jie telah mengumpulkan $332,000 untuk dana tersebut.

Dia juga merupakan pengumpul dana termuda, kata jurucakap STSPMF.

Rui Jie juga telah menganjurkan 60 kempen dalam talian untuk badan amal seperti Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan dan Hospis Assisi.

Walaupun perlu bersiap sedia untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), yang berakhir pada Oktober, Rui Jie masih berjaya mengumpulkan $285,717 pada 2023.

“PSLE adalah peperiksaan nasional pertama saya, dan ibu saya menasihati saya supaya meluangkan lebih banyak masa untuk belajar.

“Jadi pada masa itu, saya meminta bapa saya membantu saya menyemak beberapa kempen dan memulakan kempen baru.”

Bapa Rui Jie, Encik Anthony Chng, 46 tahun, membantunya memulakan kempen mengumpul dana dalam talian pertamanya untuk STSPMF.

Beliau memberitahu anaknya bahawa dia akan dapat membantu lebih ramai orang dengan mengumpul dana, bukannya hanya dengan menderma wang saku sahaja.

Sejak penampilan sulungnya mengumpul dana pada 2020, Rui Jie telah menggalakkan lebih ramai orang menyumbang kepada masyarakat.

Ketika ditanya dari mana datang keinginannya untuk membantu orang lain, Rui Jie berkata dia sentiasa mahu memainkan peranan sebagai kakak untuk kanak-kanak dan haiwan yang memerlukan.

“Saya anak tunggal, jadi saya tidak pernah berpeluang menjadi ‘jie jie’ (bahasa Mandarin untuk kakak). Jadi saya mahu membantu mereka yang lebih muda daripada saya dan menjaga mereka seperti ‘jie jie’,” katanya.

Selain mengumpul dana, Rui Jie turut melakukan kerja sukarela.

Dia telah membantu membungkus dan mengagihkan barangan tajaan kepada penduduk yang memerlukan di Punggol dan Pasir Ris. Dia juga telah menjadi sukarelawan sebagai jurugambar sambilan dan bakat media di pusat sukarelawan SG Cares di Pasir Ris.

Encik Chng berasa anak perempuannya telah maju dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan kempennya berjaya kerana pendekatan yang ikhlas, ringkas dan mudah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >