Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelajar pengajian tinggi TEK-roka, fahami kerjaya bidang teknologi

Dec 12, 2023 | 05:30 AM



Lebih 1,000 pelajar pengajian tinggi terlibat dalam pameran TechConnect, dalam usaha menyokong permintaan bakat muda dalam bidang teknologi.

Diterajui Jobstreet by SEEK, daya usaha itu merupakan kerjasama dengan Majlis Belia Kebangsaan (NYC), yang sejauh ini telah diadakan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Politeknik Temasek (TP).

Pameran bergerak yang diadakan di SMU baru-baru ini telah memberi pelajar peluang meneroka pertumbuhan kerjaya dalam industri teknologi, meliputi pelbagai kapasiti dan pengkhususan.

Setiap sesi TechConnect disesuaikan dengan pangkalan pelajar yang berbeza untuk membantu mereka memahami cara mengembangkan kemahiran teknologi dan kerjaya, bermula daripada pelbagai peringkat akademik dan pengkhususan.

Terdapat sembilan pameran bergerak TechConnect yang bermula pada 2023 dan akan diteruskan sehingga pertengahan 2024.

Menurut kajian Jobstreet by SEEK, peluang pekerjaan di Singapura melonjak 30 peratus pada 2022 berbanding 2021, sebelum merosot 10 peratus pada separuh pertama 2023.

Walau bagaimanapun, industri teknologi masih menghadapi kekurangan bakat.

Permintaan untuk peranan teknologi yang tertumpu kepada belia meningkat 15 peratus pada 2023 berbanding 2022.

Melalui kerjasama itu, golongan belia dilengkapi dengan pandangan profesional tentang industri.

Mereka turut mendapat bimbingan bagi memanfaatkan pelbagai laluan kerjaya serta peluang yang menarik seperti program belajar sambil bekerja dan pendedahan di luar negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >