Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pelakon Zul Ariffin mengaku bersalah muat naik kandungan sumbang, didenda RM30,000

Oct 04, 2022 | 11:38 AM



SEPANG: Pelakon popular, Zul Ariffin atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, didenda RM30,000 ($9,300) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa (4 Oktober), atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial pada Mac lalu.



Menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM), Zul Ariffin, 35 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noorhisham Mohd Jaafar.



Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Media sebelum ini melaporkan kontroversi timbul apabila pelakon itu didakwa kongsikan video 'babak panas' bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi sebuah drama bersiri, dalam Instagram.



Tindakan memuat naik 'teaser' sebuah drama bersiri itu mengundang kecaman warga maya, selain turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. - Berita Harian Malaysia (BHM)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >