Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengalaman umrah buat Jatt Ali lebih hayati Ramadan

Terlibat pelbagai acara sepanjang Ramadan termasuk acara buka puasa amal
Mar 29, 2023 | 05:30 AM



KENANGAN diminta melaungkan azan ketika masuk waktu maghrib di kota Taif, Makkah masih segar di ingatan penyanyi legenda, Jatt Ali.



Begitu juga dengan pengalamannya mendaki ke puncak Jabal Nur hingga dapat memasuki Gua Hira, tempat di mana Nabi Muhammad saw menerima wahyu yang pertama daripada Allah swt melalui Malaikat Jibril - sesuatu yang tidak pernah beliau menduga dapat melakukannya pada usia 67 tahun.



Sungguh terkesan Jatt atau nama sebenarnya Tahir Ali dengan pengalaman mengerjakan umrah pada Disember 2022 selain melawat tempat bersejarah Islam sehingga ia memberi pengaruh positif terhadap penghayatannya terhadap Ramadan kali.



Jatt, ketika dihubungi Berita Harian berkata pengalaman mengerjakan ibadah umrah ternyata meninggalkan kesan berpanjangan.



"Terus terang, sebelum ini saya malas untuk bangun sahur dan sering kalah dengan bermacam godaan orang berpuasa. Cepat marah. Banyak urusan ibadah saya ambil ringan saja.



"Tetapi alhamdulillah Ramadan kali ini saya rasa sangat lain... lebih manis, lebih sabar. Bila dikenang-kenangnya, saya bersyukur kerana di sebalik semua kelemahan dan kejahilan,, Allah tetap memberi saya banyak kemudahan, rezeki dan penghormatan orang-orang sekeliling," akui penyanyi utama kumpulan Black Dog Bone itu.



Antara rezeki awalnya sebaik pulang mengerjakan umrah termasuklah diundang menyertai rancangan Travel Lawak - Projek Bapak-Bapak terbitan Astro Warna.



Dalam rancangan realiti kembara itu, beliau menyahut pelbagai cabaran ketika berada di Osaka, Jepun, di samping peserta lain seperti pemuzik Datuk Ramli M.S; pelakon Datuk Jalaludin Hassan dan Roy Azman.



"Dengan keadaan kaki saya yang sering sakit-sakit pun, saya masih dapat daki Jabal Nur sampai ke Gua Hira... terharu bila bayangkan keadaan Nabi Muhammad saw terima wahyu dan ketabahan isterinya Khadijah naik gunung beberapa kali untuk menghantar makanan.



"Semasa di Taif pula, pegawai di sana minta saya untuk melaungkan azan sebagai tanda masuk waktu maghrib. Tak pernah saya azan di luar rumah sendiri... dan saya anggap ini sebagai satu anugerah berharga," kata Jatt.



Justeru dengan penghayatan terhadap agama dengan lebih baik, Jatt berazam sempurnakan tuntutan Allah dengan sebaik mungkin.



Kesannya bahkan jelas kelihatan dari segi luaran kepada penyanyi yang terkenal dengan rambut panjang kerinting.



Kata Jatt, sejak beliau pertama kali mencukur botak rambutnya ketika melakukan tahlul, salah satu rukun umrah, beliau sehingga kini membiarkan kepalanya botak licin.



"Dah berusia, ni, tak kuasa saya nak simpan rambut panjang lagi. Selepas tahlul, saya rasa selesa pula tanpa rambut. Isteri saya pun kata saya lebih kemas begini," ujarnya.



Namun ketika berada di atas pentas untuk menyanyi, Jatt biasanya akan menggunakan skaf untuk mengikat kepalanya untuk mendapatkan imej seorang rocker yang bergaya.



Dalam Ramadan ini juga, rezekinya dalam bidang hiburan tetap ada.



Beliau juga sudah menerima undangan untuk acara-acara Hari Raya.



"Biasalah, kalau orang undang saya menyanyi semasa Ramadan atau Hari Raya, lagu Cahaya Aidilfitri menjadi lagu wajib. Saya dah nyanyi lagu itu beratus kali sejak ia dirakamkan pada 1978 bersama Black Dog Bone, lagu ini orang tetap nak," ujarnya sambil menambah beliau tidak merancang untuk merakamkan lagu baru kerana akur bukan mudah untuk mendapatkan lagu yang baik dan beliau tidak mahu bersikap tangkap muat.



Sementara itu, Jatt ingin mengajak peminatnya menyertainya dalam acara berbuka puasa amal yang berlangsung pada Ahad ini di De' Hall, yang bertujuan mengumpulkan dana untuk projek kebajikan anjuran El-Majla kelolaan Ustaz Faisal Ayub termasuk membiayai pengajian anak-anak tahfiz.



Sementara Jatt muncul dalam acara Ahad, artis lain seperti Mark Adam akan hadir pada iftar Jumaat ini dan Fauziah Latiff pada Sabtu.



Ini diikuti dengan penyanyi Jeffryin, Salwa Abdul Rahman, Sanisah, Nash, Junainah M. Amin, Sanisah Huri dan Fredo pada hujung minggu berikutnya. Anda yang berminat boleh menempah tempat di laman www.xox.sg atau telefon 6910-0999.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >