Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi ‘Kisah Dan Tauladan’, A. Halim, meninggal dunia

May 09, 2024 | 06:56 PM



PASIR GUDANG: Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim atau nama sebenar, Halim Md Diah, meninggal dunia di Hospital Penawar pada 10.01 pagi, 9 Mei.


Allahyarham A Halim yang berusia 77 tahun dimasukkan ke hospital pada 7 malam, 8 Mei, selepas mengadu sesak nafas.

Berita pemergian Allahyarham A Halim disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, melalui satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Allahyarham A Halim mengalami lumpuh sebelah badan selepas diserang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

Jenazah arwah A Halim akan dibawa ke Masjid Al Falah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya, Masai, selepas Zohor.

Allahyarham A Halim sebelum ini tinggal bersama anak keduanya, Elly Halim di Seri Alam.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi dan pencipta lagu Kisah dan Tauladan itu tidak lagi dapat membuat persembahan kerana peti suara sudah rosak.


Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Allahyarham A Halim pernah menyumbangkan suara bersama beberapa kugiran termasuk De’ Fictions, The Wanderers dan The Wisma.

Beliau turut merakam beberapa album, antaranya Hitam Manis, EP Gadis Buta, Salam Mesra Dari A Halim dan banyak lagi.


Selain Kisah dan Tauladan, antara lagu dendangan Allahyarham A Halim adalah Doa Dan Harapan, Dendang Terakhir, Kawan Lama, Kan Hilang Nanti, Ku Tetap Kasih, Cenderawasih, Budi Pekerti dan banyak lagi.


 “Walaupun bapa sudah tiada, lagunya tetap bersama peminat selama-lamanya,” kata anaknya, Elly Halim, 49 tahun.

Elly berkata, setiap saat yang diluangkan bersama arwah bapanya menjadi kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Menurutnya, bapanya tetap berjaya memenuhi ibadat puasa pada tahun ini. Namun, kesihatannya mula merosot tiga hari sebelum ketibaan Syawal dan disahkan mengalami jangkitan kuman.

Elly berkata, bapanya dibawa ke klinik dan menjalani rawatan di hospital serta bergantung kepada antibiotik.

“Bagaimanapun dalam tempoh seminggu dua ini, bacaan gula dalam darahnya berkurangan secara mendadak. Bapa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan, sehingga pulang ke rumah, beberapa hari lalu.

“Semalam, bapa mengalami sesak nafas kira-kira jam 7 malam sebelum dibawa semula ke Hospital Penawar Pasir Gudang,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Falah.

Elly berkata, apabila tiba di hospital, bapanya didapati mengalami masalah kekurangan oksigen selain tahap jangkitan kuman agak serius.

Menurutnya, doktor mengesahkan kematian bapanya berpunca daripada kegagalan buah pinggang.

“Walaupun doktor cuba memberi rawatan, namun, bapa senang pergi pada jam 10.01 pagi tadi, tidak lama... Kami reda,” katanya.

Elly berkata, pada saat pemergian bapanya, arwah meminta ahli keluarga berkumpul sebelum saling bermaaf-maafan.

Menurutnya, seramai enam adik-beradik selain ibu, Fatimah Bahrim, 75 tahun, menjaga arwah.

Elly berkata, sebelum ini, bapanya yang menetap di Kampung Peserai, Batu Pahat, menunjukkan beberapa perubahan termasuk menyatakan dirinya reda dengan tahap kesihatannya.

“Hampir setiap minggu kami bergilir-gilir mengunjungi ayah selain membawanya berjalan.

“Kenangan itu cukup istimewa bagi kami,” katanya.

Antara lirik lagu Kisah dan Tauladan yang terkenal termasuk ‘aku berserah kepada Tuhan, agar diriku kau lupakan, memang sudah jadi suratan, kisah yang lalu jadi tauladan.’


Allahyarham mempunyai 24 cucu dan lima cicit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >