Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Penyanyi rap, Jay Park pernah dipinggir industri K-Pop

Jun 09, 2023 | 03:05 PM



Tidak semudah itu mengecapi populariti.

Penyanyi rap Amerika berdarah Korea, Jay Park, 36 tahun, yang kini cukup dikenali di peringkat antarabangsa akur beliau pernah disisihkan industri muzik K-Pop.

Ini kerana beliau lantang bersuara dalam talian mengkritik cara karyawan industri melatih secara intensif bakat-bakat muda mereka.

Perkara itu membuatkan Jay, yang ketika itu mengetuai kumpulan K-Pop, mengambil keputusan meninggalkan Seoul untuk memajukan muziknya di Seattle, Washington.

“Saya berdepan dengan banyak kecaman malah disenaraihitamkan dalam industri. Saya hanya bersikap jujur dan memberikan kritikan membina mengenai latihan dan rutin intensif band K-Pop yang bagi saya tidak masuk akal.

“Berita ini membuatkan ramai salah anggap dengan komen saya. Saya terpaksa meninggalkan kumpulan 2PM di bawah label besar JYP Entertainment.

“Saya pulang semula ke kota kelahiran saya, Seattle, dan bekerja di kedai tayar terpakai tetapi saya tidak pernah mematikan impian saya untuk berseni.

“Saya memuatnaikkan lagu ‘cover’ Nothin’ On You, yang dipopularkan B.O.B dan Bruno Mars di saluran YouTube saya.


“Saya hanya ingin menunjukkan kepada peminat saya bahawa inilah jenis muzik pilihan saya dan jenis artis bagaimana saya sebenarnya.

“Percubaan itu berhasil mendapatkan dua juta tontonan setiap hari. Lagu itu kembalikan saya ke dalam industri muzik antarabangsa. Ia permulaan yang baik buat saya,” jelasnya kepada laman South China Morning Post.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >