Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Personaliti Jamie Yeo gesa wanita jalani ujian pemeriksaan buah dada

Feb 19, 2024 | 05:30 AM



Semasa pemeriksaan buah dada yang dilakukan sendiri pada 2021, bekas penyampai radio, Jamie Yeo merasakan ketulan pada buah dadanya.

Beliau tidak terlalu memikirkan perkara tersebut tetapi memutuskan untuk membuat janji temu bagi ujian pemeriksaan kesihatan.

Beliau menjalani ujian ultrabunyi dan biopsi yang disasarkan kepada ketulan tersebut.

Keputusan biopsi tidak memberi penjelasan terperinci, tetapi beliau tetap memutuskan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Semasa pembedahan, doktor mendapati bahawa ketulan itu sememangnya barah.

“Perasaan saya berkecamuk, saya melalui pelbagai emosi yang bergelora. Apabila ia disahkan, saya benar-benar terkejut. Tetapi kemudian saya sangat lega kerana ia telah dikeluarkan,” akui Cik Yeo.

Oleh kerana barahnya dikesan awal, doktor mengesyorkan terapi radiasi untuk menyasarkan kawasan yang terjejas.

Beliau melakukan 20 sesi dan menghabiskan sepenuhnya rawatan untuk mengekang hormon estrogen.

Pakar onkologi radiasi di Hospital Gleneagles, Dr Yang Tuck Loong, berkata:

“Terapi radiasi atau radioterapi boleh membantu menangani sisa atau sel yang berpotensi malignan (cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut) yang mungkin tidak dapat dikesan pada masa diagnosis.

“Ia boleh mengurangkan risiko barah kembali ke kawasan yang sama di mana ia pertama kali ditemui, daripada lebih 35 peratus kepada kira-kira 19 peratus.

“Risiko kematian akibat barah buah dada juga berkurang sebanyak 4 peratus daripada 25 kepada 21 peratus.”

Dua tahun kemudian, Cik Yeo kini menjadi penyokong kuat pemeriksaan dan ujian awal bagi mengesan barah buah dada.

Beliau berkongsi kisahnya dalam usaha membantu meningkatkan kesedaran wanita lain.

“Periksa diri anda. Perkara yang baik tentang barah buah dada ialah anda boleh merasainya (ketulan), dan mengesannya lebih awal.

“Tidak kira usia anda, ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk memeriksa diri dan hanya beberapa jam untuk mendapatkan pemeriksaan profesional,” kata ibu dua anak berusia enam dan 12 tahun itu.

Penjagaan sesuai
ikut keadaan anda

Apa yang berlaku selepas mendapat diagnosis barah?

Bagi Cik Yeo, beliau diselubungi perasaan takut.

“Satu minit anda mati rasa, satu minit anda sangat takut sehingga anda tidak boleh bercakap,” katanya, lapor The Straits Times.


Beliau memutuskan untuk ke Hospital Gleneagles di mana beliau melahirkan anak perempuannya kerana berasa selesa, di sana.

Cik Yeo mempunyai pasukan karyawan penjagaan kesihatan pelbagai disiplin termasuk pakar onkologi perubatan, pakar bedah, pakar onkologi radiasi dan jururawat untuk menjaganya dan merawatnya secara menyeluruh, daripada diagnosis hingga pemulihan selepas pembedahan.

“Menghidap barah memberi saya perspektif baru tentang kehidupan dan saya tahu apa yang benar-benar penting dalam hidup,” ujar Cik Yeo.

“Saya tidak dapat menekankan betapa pentingnya untuk mengesan barah di peringkat awal.”

Mengapa pemeriksaan awal
penting

Barah buah dada adalah penyakit paling lazim berlaku dalam kalangan wanita di Singapura.

Ia juga penyebab utama kematian akibat barah dalam kalangan wanita di sini.

Walau bagaimanapun, ia juga merupakan salah satu jenis barah yang paling mudah dikesan dan, jika dikesan awal, ia boleh dirawat.

Saringan untuk barah buah dada termasuk pemeriksaan sendiri buah dada dan ujian mamogram.

Selain daripada barah buah dada, jenis barah lain juga boleh dikesan melalui saringan.

Pakar bedah am dan buah dada di Hospital Gleneagles, Dr Bertha Woon, berkata:

“Pengesanan awal barah biasa seperti barah buah dada, barah usus besar, barah paru-paru – dan bagi wanita, barah serviks – boleh menyelamatkan nyawa.

“Pengesanan awal dapat mengurangkan intensiti rawatan yang diperlukan sambil meningkatkan peluang pemulihan, selain kemungkinan lebih rendah untuk barah itu berulang. Ia juga bermakna perbelanjaan kewangan yang lebih rendah.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >