Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Roy mohon sumbangan bedah ibu jari kaki yang dijangkiti

Apr 02, 2024 | 03:28 PM



Penyanyi Kau Ratnaku, Roy atau nama sebenarnya, Mohammad Rauzan Alwi, memerlukan dana sebanyak RM20,000 ($5,707) bagi menjalani pembedahan ibu jari kaki kanan yang mengalami jangkitan kuman sehingga perlu dipotong.


Menerusi hantaran Facebook yang ditukil Berita Harian Malaysia (BHM), Roy, 60 tahun, memohon sumbangan orang ramai agar dapat menjalani pembedahan secepat mungkin.


“Saya ingin mohon jasa baik bantu saya mengumpul dana pembedahan ibu jari kaki kanan yang patah dan reput. Disebabkan itu, jangkitan kuman sudah menyerang sehingga ke tulang ibu jari kaki.

“Doktor pakar memaklumkan ibu jari kaki mesti dipotong kerana agak kronik dan kritikal.

“Tiada ubat atau antibiotik boleh menyembuhkan kerana kuman sudah berada dalam tulang, bukan daging. Jika kuman pada daging, antibiotik boleh membantu.

“Hampir separuh tapak kaki saya perlu dipotong, jadi saya terpaksa cari jalan lain untuk menyelamatkan ibu jari kaki bagi mengelakkan jangkitan merebak ke bahagian lain,” tulisnya.

Menurut Roy lagi, beliau memilih melakukan prosedur pembedahan di hospital swasta memandangkan terpaksa menunggu giliran lama di hospital kerajaan.

“Saya tak boleh bertahan lagi. Giliran menunggu di hospital kerajaan terlalu lama. Saya bimbang kaki tak dapat diselamatkan.

“Oleh itu, saya terpaksa memilih hospital swasta, tetapi kos agak tinggi iaitu mencecah RM20,000.

“Saya tak mampu membiayainya dan ada juga mencari ikhtiar terapi alternatif, namun kosnya lebih kurang sama.

“Jika ada yang sudi menolong bolehlah saya usahakan pembedahan untuk menyelamatkan kaki.

“Jasa baik sahabat menghulurkan sumbangan akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa sahabat semua,” tulisnya lagi.

Moga ada peminat yang sudi menyalur bantuan buat Roy pada Ramadan ini. Moga kesihatannya bertambah baik dan dimudahkan urusannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >