Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

S. Atan kongsi rahsia kekal sihat di usia 73 tahun

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



KOMPOSER dan penerbit album kelahiran Singapura, S. Atan, berkongsi rahsia kekal bertenaga dan kuat walaupun sudah menginjak usia 73 tahun.



S. Atan, yang juga bapa saudara kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS itu berkata, diet perlu selari dengan usia dan itulah antara rahsianya kekal aktif biarpun sudah berusia lebih 70 tahun.



"Alhamdulillah, tiada apa rahsia sangat pun sebenarnya. Cuma saya kalau ambil makanan (berat), sekali sehari sudah cukup.



"Begitu juga dengan mutu tidur. Cuma sebelah mata kiri saya sahaja yang tidak sudah tidak nampak," katanya kepada laman Kosmo! Online pada majlis sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-73, baru-baru ini.



Isterinya, Norizan Yeob, 58 tahun, pula mendedahkan S. Atan seorang yang sangat tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain.



"Ada satu sikap yang saya nampak ialah beliau ini suka gembirakan kawan-kawan sekeliling.



"Pernah beliau pinjamkan duit, demi untuk kesenangan orang lain. Memang nak sangat membahagiakan kawannya. Sampaikan ada ketikanya saya sendiri rasa pelik dengan suami sendiri.



"Kadang-kadang saya ada cakap kepadanya, tak boleh begini. Nanti orang akan fikir lain. Cuma itulah, dia suka tengok orang lain bahagia. Tapi kami tidak pernah terfikir pun untuk dapat balasan daripada apa yang dilakukan," katanya.



Dalam pada itu, ahli pernigaaan Datuk Seri Rohaizat Musa, 46 tahun, yang sudi meraikan sesi sambutan berkenaan sebagai 'hadiah' menyatakan rasa gembira kerana majlis berjalan lancar sebagaimana yang diharap-harapkan.



"Kalau boleh, saya mahu ulang tahunnya kali ini menjadi suatu detik yang bermakna, jadi kenangan terindah. Malah kalau kita lihat, ramai selebriti senior hadir yang secara tak langsung menunjukkan wujudnya satu perhubungan yang baik dengan beliau. Saya dan isteri pun meminati beliau," katanya.



Terdahulu pada 14 Mei lalu, sebuah konsert sanjungan istimewa dianjurkan khas bagi menghargai jasa lebih empat dekad S. Atan dalam mewarnai industri muzik tempatan menerusi rangkaian lagu Raya yang menggamit memori.



Konsert Cahaya Aidilfitri - A tribute to S. Atan bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dengan pimpinan konduktor Ahmad Muriz Che Rose itu turut diserikan dengan persembahan daripada tiga penyanyi handal Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >