Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Selepas 10 tahun, Mrbeast rampas takhta ‘YouTuber’ paling laris

Nov 27, 2022 | 06:45 AM



LONDON: Mrbeast baru-baru ini telah merampas takhta bagi jolokan ‘YouTuber’ dengan jumlah langganan paling ramai’, di mana hampir 10 tahun tidak pernah berubah.



Pada Ogos 2013, pencipta kandungan berasal dari Sweden, Felix Kjellberg, atau lebih dikenali dengan nama salurannya, PewDiePie, menjadi yang pertama mempunyai langganan paling ramai bagi saluran YouTubenya.



Kandungan yang dihasilkan YouTuber itu merupakan rakaman dirinya memberikan reaksi sambil menonton permainan video.



Pada 2019, beliau merupakan orang pertama yang berjaya menarik seramai 100 juta langganan.



Tetapi sikap ‘dermawan’ MrBeast, benar-benar berjaya memperolehi langganan seramai 113 juta bulan ini.



Meskipun YouTube tidak menunjukkan angka yang tepat, ia tetap meletakkan salurannya 111 juta lebih langganan atas saluran PewDiePie.



MENGUASAI KESENIAN YOUTUBE



‘YouTuber’ Inggeris Steven Bridges, yang videonya mempunyai berjuta-juta tontonan di salurannya, memberitahu BBC, MrBeast telah “menguasai kemahiran” membuat kandungan yang menarik.



“Mungkin tidak ada ‘YouTuber’ lain di dunia yang memahaminya sebaik MrBeast,” katanya.



“Membuat video yang menghiburkan satu perkara tetapi memastikan bahawa setiap saat video itu menjadikan penonton ‘melekat’ merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan MrBeast menguasai peratusan video yang penonton tonton dan jumlah tontonan.



“Sebenarnya, MrBeast seronok menghasilkan video paling menghiburkan yang menarik minat ramai orang, dan dia secara konsisten berjaya melakukannya.



“Saya tidak fikir ada ‘YouTuber’ di luar sana yang terkejut kerana MrBeast telah mengambil tempat nombor satu.”



Dalam masa setahun, PewDiePie akhirnya kehilangan kedudukan saluran teratas kepada saluran asal India, T-Series walaupun pada mulanya kelihatan tidak mungkin berlaku.



Menurut laman pengumpulan data statistik, Statista, statistik bagi saluran YouTube paling popular setakat November 2022, merupakan T-Series dengan jumlah pengikut sebanyak 229 juta pengikut.



Saluran yang disenaraikan mengikut bilangan pelanggan dalam kiraan juta.



Kemudian diikuti dengan saluran filem, ‘YouTube Movies’ dan di tangga ketiga merupakan saluran lagu kanakkanak, ‘Coco Melon’, diikuti dengan Set India dan Music di tangga keempat dan kelima. – Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >