Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Sheikh Haikel anggap anugerah pengiktirafan bermakna

Sep 28, 2022 | 05:30 PM



PENGHIBUR hip-hop Singapura daripada generasi berbeza menyerlah pada malam penyampaian anugerah Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) ke-25 tahun yang diadakan baru-baru ini. 



Acara gemilang itu memberi pengiktirafan buat pemuzik tempatan bagi sumbangan dan pencapaian mereka. 



Sheikh Haikel, 46 tahun, menerima Anugerah Artistik Cemerlang bagi pelibatannya dalam industri muzik sejak 1991, sementara Alyph, 33 tahun, membawa pulang Anugerah Penggubah Muda Terbaik sebagai penggubah tempatan bawah usia 35 tahun yang menerima jumlah royalti tertinggi.



Sejak memenangi pertandingan uji bakat Asia Bagus pada 1991 – beliau salah seorang daripada pasangan yang membentuk Construction Sight – Sheikh Haikel telah berjaya menempa nama dan kerjaya bukan sahaja dalam bidang nyanyian, bahkan lakonan.



Sheikh Haikel, yang sebelum ini menerima Anugerah Compass bagi lagu Inggeris terbaik Witulah, menganggap pengiktirafan terbaru itu sangat bermakna baginya.



“Saya telah membina kehidupan baik daripada hip-hop, dan saya telah memberi hidup saya kepada hip-hop. Anugerah ini seakan memberitahu saya, saya dilihat, didengar dan saya telah membuat yang terbaik.



Saya berharap dengan pengiktirafan ini saya akan melakukan yang lebih lebih baik lagi.” 



Dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah itu Sheikh Haikel memberi penghargaan kepada ibu bapanya, yang selalu memberinya dorongan, kakaknya dan anak-anaknya. 



Paling menyentuh hati ialah dedikasinya buat isteri tersayang Anna Belle Sri Ayu Francis, yang selalu berada di sisinya. Tanpa berkata apa-apa, Sheikh Haikel berdiri di pentas dan menunjukkan jari dari kepala hingga ke kakinya ke arah isterinya.



Laporan lanjut di akbar Berita Harian, esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >