Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Suara hati band 'hardcore punk' luput stereotaip

Oct 25, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN menganggap dirinya bukan dalam kalangan Generasi Z yang lebih muda, mahasiswa jurusan perfileman, Encik Muhammad Harris Saifudin, kagum dengan nyala rasa dan tenaga meluap-luap golongan ini.



Maka, terhasillah dokumentari mengenai budaya muzik 'hardcore punk' yang diperjuangkan band Spiral, bertajuk Voices of Youth, yang terpilih bagi siaran platform video hiburan Viddsee di bawah siri dokumentari sosial Gen Z Starter Pack.



Mengulas pemilihan dokumentari arahan Encik Muhammad Harris, 28 tahun, Ketua Studio dan Penerbit Eksekutif Gen Z Starter Pack, Viddsee, Encik Kenny Tan, berkata:



"Dokumentari Harris dipilih kerana profil band 'hardcore punk' yang mengejutkan dan menarik, terdiri daripada anggota Generasi Z yang muda lagi mencetus inspirasi.



"Kebiasaannya, sebut sahaja 'hardcore punk', orang akan terfikir tentang muzik kasar dan ganas, dengan kebanyakan peminat dan anggota band yang lebih berusia.



"Harris berupaya mengubah stereotaip ini dengan profil individu muda yang membolehkan penonton lebih berupaya memahami dan menghargai budaya sampingan muzik setempat yang juga mempunyai kisah positif dan inspirasi di sebalik tanggapan awal ramai mengenainya."



Ikuti wawancara Berita Harian bersama Encik Muhammad Harris mengenai dokumentarinya.



SOALAN (S): Apakah yang membuatkan anda memilih bidang pengajian filem untuk diceburi? Siapa sumber inspirasi anda dalam pembikinan filem?



ENCIK MUHAMMAD HARRIS (MH): Sekian lama, saya memang kagum dengan keupayaan menyampaikan sesebuah kisah.



Apabila saya menyertai Maktab Seni Lasalle, perspektif saya terhadap dunia perfileman dan pawagam menjadi lebih luas lagi. Saya memang peminat filem Taiwan baru dengan pengarah seperti Tsai Ming Liang, Hao Hsio Hsien dan Chen Kunhou.



Namun, bagi memahami bagaimana ia mempengaruhi dan mencetus inspirasi buat sutradara dari pelbagai ceruk dunia adalah sesuatu yang payah dipercayai.



S: Apa perasaan anda tentang bikin dokumentari buat Viddsee?



MH: Tawaran Viddsee ini menarik. Kebetulan pada waktu itu saya sedang bersembang dengan beberapa penggiat muzik 'hardcore punk' mengenai persada seni mereka dan bagaimana muzik mereka ini dipaparkan serta dikaitkan dengan keganasan sehingga mencetus amarah orang sekeliling.



Saya anggap menarik untuk menunjukkan perspektif berbeza tentang budaya 'hardcore punk' selari dengan tema tentang Generasi Z.



Saya juga merasakan orang ramai tidak menyedari bagaimana muzik berkembang dan berubah termasuk konsep band baru yang sedang naik. Beberapa band yang saya tahu menjadi tidak aktif kerana Covid-19 atau mereka bukan tergolong dalam Generasi Z.



S: Apakah cabaran yang dihadapi dalam menghasilkan dokumentari ini?



MH: Keprihatinan saya ketika menerbitkan dokumentari ini adalah bagaimana menyampaikan kandungan dan mengatur struktur filem ini.



Lagi pun pada tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), tidak mampu saya wujudkan babak konsert atau 'gig'.



Secara peribadi, berkunjung ke 'gig' dan konsert adalah cara bagaimana orang dapat menyelami persada muzik. Kalau tiada babak ini, bagaikan hilang pengalaman bermakna dalam menghadam kisah sesebuah genre muzik.



Mujurlah, penstriman 'live' masih boleh dihasilkan pada fasa berkenaan. Kami berbincang dengan anggota band Spiral dan menggunakan platform ini sebagai huraian alternatif bagi band ini berinteraksi.



Pandemik telah mengubah dunia konsert. Saya juga melihatnya sebagai peluang mempertingkat kesedaran tentang cara persada muzik ini terjejas dan bagaimana peminat masih boleh menikmati dan menyokong pemuzik kegemaran mereka dalam tempoh mencabar ini.



S: Apa yang anda kagum tentang Generasi Z?



MH: Mereka mengambil kesempatan penuh di atas sumber seperti media sosial bagi meluah rasa secara positif. Ia adalah unsur penting yang ingin saya tunjukkan kepada penonton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >