Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SUHAIMI serba boleh perluas sumbangan, perkasa bakat lain

Mempelbagaikan tugas dan amanah menjadi perkara yang kian dilakukan selebriti di Singapura untuk kekal relevan di luar bidang seni yang diceburi. BERITA MINGGU melaporkan kisah artis yang meneroka bidang kerja lain dengan harapan mereka dapat menikmati kesejahteraan hidup dalam dunia yang kian mencabar.
May 07, 2023 | 05:30 AM



MELAWAK boleh, berlakon pun mampu, mengacara pun cekap dan menyanyi pun 'sedap'.



Inilah yang boleh dirumuskan tentang selebriti serba boleh Singapura, Suhaimi Yusof.



Baru-baru ini, Suhaimi, 53 tahun, membuktikan keupayaannya mencuit hati ramai dengan lawak jenaka bersahaja dalam sketsa Sinar Lebaran pada malam Raya.



Dalam segmen selingan Konsert Luar Biasa anjuran Offshore Entertainment dan 8 Track Entertainment di The Star Theatre juga, kebolehannya menyerlah ketika menyanyi lagu Eric Clapton dan Jason Mraz secara selamba.



Ada yang kata: "Suara Suhaimi memang luar biasa baik!"



Sewaktu dihubungi Berita Minggu (BM), Suhaimi turut memberitahu beliau gembira kerana diundang untuk peraduan Berani Nyanyi (Musim Kedua).



"Sebagai bekas juruhebah radio, saya memang terbiasa dengan muzik dan kerja putar lagu orang.



"Alangkah gembiranya apabila saya diundang untuk peraduan menyanyi pula. Harap-harap tak ada yang tutup telinga apabila dengar suara saya. Sebenarnya, saya lagi suka menyanyi daripada berlakon," katanya.



Suhaimi mensyukuri setiap bidang seni yang diceburi dan menganggap bidang lawak jenaka yang dipaparkannya dengan bakat lain yang juga serba boleh seperti Khairudin Samsudin, Huda Ali dan Nurul Aini Abdul Rahim sebagai wadah hiburan berkesan.



"Orang dah biasa dengan cerita keluarga Hassan dan Hasnah sejak berzaman lamanya. Apabila kisah mereka dikembalikan dalam Sinar Lebaran kali ini, kita terfikir apa lagi yang nak kita sampaikan untuk cuit hati ramai.



"Ada pula Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) dari seberang yang merendah hati dan boleh blend dengan lawak jenaka orang Singapura, semakin meriahlah suasana.



"Saya dan Khairudin memang dah lama bekerjasama... jadi dah faham budaya kerja masing-masing. Dengan Huda dan Nurul, mereka ni mudah diajak bergurau dan ada kelucuan tersendiri di sebalik penampilan mereka yang nampak anggun sebagai pengacara.



"Nurul dengan suara 'kepitnya' yang dia sahaja boleh buat. Huda dengan gelagat dan kata-kata spontan seperti baju 'bola-bola'. Tak tengok pada babak akhir, rambut palsunya boleh tertanggal. Ingatkan banyak lagi babak yang tinggal. Rupanya cuma babak sekejap nak ambil 'wefie'!"



Kini, dalam tugas sepenuh masa Suhaimi sebagai pengarah komunikasi strategik di badan kebajikan sosial Jamiyah Singapura, beliau berupaya melihat isu-isu kebajikan yang dahulunya hanya mampu ditinjau dalam media.



Sungguhpun begitu, Suhaimi tidak dapat lari daripada terlibat dalam projek seni yang disokong Jamiyah.



"Apabila saya mengambil keputusan untuk beralih ke Jamiyah, ia adalah atas keinginan menyumbang kepada masyarakat.



"Ingatkan pergerakan kegiatan seharian saya menjadi lebih perlahan sebelum persaraan tetapi di Jamiyah ni, macam-macam kerja dan projek yang diusahakan.



"Saya dapat mengunjungi rumah penerima bantuan yang dilanda bermacam ujian kesihatan dan kewangan.



"Ada yang sakit tetapi perlu menjaga anggota keluarga lain yang sakit. Ia membuka mata saya untuk ketahui masih ada golongan sebegini yang cekal dan perlu dibantu," ujarnya.



Mengenai peluang mengarah dan menerbitkan video muzik kumpulan nasyid legenda Al-Jawaher, Bring Me Close To You, yang didendangkan dalam bahasa Arab dan Inggeris di Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Melaka, Suhaimi berkata:



"Ia merupakan penghargaan terbesar sebab saya membesar dengan lagu-lagu Al-Jawaher. Mereka menyanyi daripada usia remaja sampailah ada yang sudah bergelar nenek.



"Semangat juang mereka dan sikap mudah berurusan dan menerima idea baru amat saya kagumi.



"Jamiyah memang sejak dahulu menyokong kegiatan seni yang bermanfaat dan menyebar nasihat. Peluasan khidmat sebeginilah yang memberi saya keupayaan memanfaatkan pengalaman saya dalam sektor hiburan untuk memajukan lagi bakat Singapura khususnya yang bertaraf legenda dan wajar disanjungi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >