Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tarikan Blackpink hingga peminat tonton 2 hari

Stadium Negara dan The Star Theatre sesak dipenuhi generasi pencinta muzik berlainan usia hujung minggu lalu. Peminat kumpulan 'girl group' Korea Selatan, Blackpink, 'menyerang' Stadium Negara manakala 'orang lama' pula seronok dibuai lagu penyanyi dan penggubah lagu veteran Paul Anka di The Star Theatre. BERITA HARIAN melaporkan.
May 17, 2023 | 05:30 AM



TIDAK cukup sehari menonton konsert jelajah kumpulan 'girl group' sensasi dari Korea Selatan, Blackpink, Born Pink World Tour.



Peminat tegar kumpulan K-pop yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa, Halil Nasil, sanggup menghadiri konsert di Stadium Negara itu pada Sabtu dan Ahad.



Halil, 39 tahun, karyawan keselamatan dan penganjur acara hiburan bahkan pernah menonton konsert jelajah Blackpink, In Your Area, pada 2019 sebanyak dua kali - sekali di Singapura dan sekali pula di Malaysia.



"Kali ini berlainan sedikit kerana saya sebenarnya tidak merancang nak pergi konsert pada hari kedua.



"Sewaktu mereka melancarkan jualan tiket dalam talian, hajat saya cuma mahu tengok sahaja berapa cepat jualan tiket akan laris.



"Saya cuba nasib... suka-suka sahaja. Tapi entah bagaimana saya dapat tiket bagi Zon VIP. Saya terus beli tiket hari kedua itu.



"Semasa hari pertama, saya berdiri di kawasan 'Pen B' dan hari kedua saya betul-betul di depan pentas. Maklum tiket VIP."



Kunjungan ke konsert sebegini buat Halil membolehkannya mengamati fesyen peminat yang tercetus daripada menyaksikan anggota Blackpink bergaya.



"Tapi bagi saya yang paling berharga adalah apabila saya bertemu dan buat kawan dengan peminat Blackpink dari merata dunia, baik Amerika, Korea atau Malaysia.



"Blackpink ni penuh tenaga. Kita takkan bosan. Cuma perlu beratur siang untuk rebut tempat paling 'best' ketika berdiri di depan pentas. Dahlah cuaca panas terik!" kata Halil lagi.



Lagu Blackpink seperti Shut Down, Lovesick Girls, How You Like That dan Lisa's Money memberinya aliran tenaga untuk bangkit menari.



"Ini lagu 'hip' yang segar. Saya jenis yang sukakan keseronokan dalam setiap konsert. Inilah lagu yang menyuntik tenaga buat saya. Semangat K-pop begitu terasa," tambah Halil.



Apakah penangan Blackpink buat ramai sehingga mereka berpusu-pusu nak masuk Stadium Negara awal?



"Mereka memang unik berbanding kumpulan K-pop lain. Selain BTS, Blackpink miliki daya tarikan antarabangsa.



"Fesyen mereka menjadi ikutan sebab ada kelas dan unik. Mereka pun ramah dan semula jadi memang ingin rapat dengan peminat dan menghiburkan orang ramai," tambah Halil lagi.



Dalam kalangan penonton yang hadir termasuk selebriti setempat Nurul Aini Abdul Rahim dan anaknya Shaista yang memang peminat K-pop.



Cuma biasalah dalam lautan peminat berhibur, akan ada peminat yang tidak puas hati apabila pandangannya ditutupi papan tanda peminat lain.



Di TikTok tular kisah peminat yang tidak puas hati kerana berasakan sesetengah penonton kurang beradab dan bertolak-tolak untuk memasuki ruang persembahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >