Berkongsi gaya hidupnya sebagai seorang pendakwah yang memanfaatkan teknologi dengan kerap menggunakan wadah media sosial untuk mendekati pengikutnya, Ustazah Norhafizah Musa akui teknologi banyak membantu mempercepatkan urusannya.
Walaupun beliau mempunyai pasukan di belakangnya untuk membantu urusan dakwahnya, beliau juga mampu menyiapkan sendiri aspek teknikal untuk bersiaran di media sosial secara ‘live’.