Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

MALAYSIA

Zamani sebak dendang 'Namun Ku Punya Hati'

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



PENYANYI Zamani Ibrahim atau Zamani Slam tidak dapat menahan sebak ketika mendendangkan lagu berjudul Namun Ku Punya Hati pada penghujung konsert Doa Buat Zamani Unplugged yang berlangsung pada30 September lepas.



Zamani tidak dapat menahan air mata mengenangkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua peminat yang hadir termasuk ahli keluarga dan sahabat handai.



"Terima kasih yang hadir pada malam ini. Maaf jika ada kekurangan daripada diri ini.



"Terima kasih juga buat isteri. Hanya awak yang ada dalam hidup saya. Awak yang tak pernah jemu tiupkan semangat untuk saya melangkah," katanya, lapor Kosmo! Online,



Konsert yang dihadiri lebih 2,000 orang itu menjadi saksi kuat semangat vokalis kumpulan Slam itu memberikan persembahan terbaik sebelum melalui pembedahan bagi penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis awal November depan.



Ternyata vokalis kumpulan Slam itu telah menyentuh hati para penonton konsert apabila beliau tidak dapat menahan sebak ketika membuat persembahan lagu terakhirnya malam itu menerusi lagu, Namun Ku Punya Hati.



Konsert itu dibuka oleh personaliti televisyen Datuk Aznil Nawawi yang juga telah mengetuai usaha crowdfunding untuk menanggung kos pembedahan serta merasmikan lagi satu pelancaran crowdfunding selama 24 jam untuk Zamani selepas operasi itu nanti.



Pembedahan itu dilaporkan menelan kos lebih RM80,000 ($24,703).



"Sebelum ini kami telah berjaya mengumpul sejumlah RM122,000 dalam masa kurang 32 jam untuk menampung kos membaiki tulang belakang Zamani," kata Aznil.



"Saya berterima kasih kepada peminat Zamani yang telah mengikuti media sosial saya dan saya berharap kami dapat mengumpul lebih banyak dana untuk membantu Zamani meneruskan kehidupannya selepas menjalani pembedahan."



Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil juga telah melelong beg jenama mewah Louis Vuitton miliknya dengan harga RM15,000 yang turut akan disalurkan kepada dana untuk membantu Zamani.



Kurang 20 minit, beg itu dibeli oleh penyanyi nasyid UNIC, Fitri Haris yang berkata beliau dan isteri memutuskan untuk membeli beg itu pada harga yang ditetapkan bagi menyokong usaha membantu penyanyi lagu Masih Ada Cahaya itu.



Konsert Doa Buat Zamani Unplugged itu turut menyaksikan penyanyi legenda naik ke pentas bersama Zamani termasuk Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof, Fauziah Latiff serta band dari Indonesia, Kasyara.



Zamani sebelum ini mengejutkan orang ramai selepas hadir di beberapa acara secara langsung dengan postur badannya yang bongkok.



Dalam pada itu, Zamani menjelaskan bahawa dirinya menghadapi kesukaran untuk tidur tanpa memakan ubat penahan sakit dek kerana keadaan tulangnya yang kini menekan pada jantungnya dan ia menyebabkan beliau sukar untuk bernafas.



Justeru itu, beliau membuat keputusan untuk menjalani pembedahan kerana keadaannya yang semakin teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >